Aktiviti Kebajikan

PERKIM Santuni Keluarga Mendiang Ramachandran Di Rawang

ᵒˡᵉʰ: ᴹᴼᴴᴰ. ˢʸᴬᴴᴿᴵᴸ ᴿᴼˢᴰᴵ ᴬᴴᴹᴬᴰ ᶻᴬᴴᵁᴰᴵ

𝗥𝗔𝗪𝗔𝗡𝗚, 𝟲 𝗔𝗣𝗥𝗜𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟲 – Eksekutif Dakwah PERKIM Kebangsaan, Ustaz Muhammad Farhan Tee Abdullah mengetuai rombongan ziarah kebajikan ke Bandar Tasik Puteri di sini bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Ramachandran A/L Muniandy, abang kepada Ustaz Muhammad Jais Mariappan Abdullah, yang meninggal dunia akibat sakit jantung pada malam 5 April 2026.

Rombongan tersebut disertai seramai tujuh terdiri daripada Eksekutif Dakwah 3 PERKIM Kebangsaan, Nur Syahirah Musa; Eksekutif Dakwah 4 PERKIM Kebangsaan, Ustaz Sulaiman Ding Yu Zhong; Penolong Eksekutif Dakwah 1 Ustaz Amran Anbarasu Abdullah; Pembantu Tadbir PERKIM Kebangsaan, Umi Musfirah Abdul Ghani serta pelajar latihan industri, Ummul Mursyida Mat Shuqi yang hadir sebagai tanda solidariti dan sokongan kepada keluarga mendiang.

Suasana di kediaman keluarga mendiang diselubungi kesedihan apabila lebih 50 ahli keluarga dan sanak saudara hadir memberikan penghormatan terakhir.

Upacara kematian dijalankan mengikut adat dan tradisi agama Hindu dalam suasana penuh hiba.

Kehadiran PERKIM Kebangsaan itu mencerminkan semangat perpaduan dan keharmonian antara kaum serta penghormatan terhadap kepercayaan masyarakat berbilang agama di negara ini.

Pada akhir ziarah tersebut, Ustaz Farhan Tee bersama Ustaz Jais Mariappan serta ahli rombongan turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang serta menyerahkan sumbangan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral.

 


Ustaz Jais Mariappan (berbaju putih) membawa keranda mendiang abangnya ke di hadapan rumah dalam keadaan sedih dan pilu.

 


Ustaz Jais Mariappan memberi penghormatan terakhir kepada abang kandungnya Ramachandran Muniandy.

 


Ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai sedih atas pemergian mendiang Ramachandran.

 


Ustaz Farhan Tee ditemani Ustaz Jais Mariappan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Ramachandran serta menyerahkan sumbangan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral.

Related Articles

Back to top button