Program Dialog Harmoni Bersama Masyarakat Majmuk India Semarak Perpaduan Di Kg. Kongsi 6
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐
แตหกแตสฐ: แดนแดผแดดแดฐ หขสธแดฌแดดแดฟแดตแดธ แดฟแดผหขแดฐแดต แดฌแดดแดนแดฌแดฐ แถปแดฌแดดแตแดฐแดต
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ โ Program Dialog Harmoni dan Ziarah Bersama Masyarakat Majmuk India yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Kongsi 6, Bedong berjaya menghimpunkan masyarakat setempat dalam suasana penuh mesra, hormat dan perpaduan.
Program dihadiri lebih daripada 150 masyarakat kampung dari bangsa India itu merupakan anjuran bersama oleh Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
Program yang penuh bermakna itu mendapat kerjasama daripada Persatuan Dakwah Islamiah & Kebajikan Saudara Baru India Se-Malaysia (AL-HIDAYAH) Cawangan Kedah dan PERKIM Cawangan Daerah Kuala Muda menyaksikan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat, tanpa mengira agama dan kaum sekali gus menonjolkan wajah sebenar keharmonian Malaysia yang hidup dalam kepelbagaian.
Majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran oleh urus setia PERKIM Kebangsaan dibantu sukarelawan PERKIM Kuala Muda.
Kehadiran masyarakat Kampung Kongsi 6 yang memenuhi ruang dewan serbaguna telah menambahkan seri majlis, mencerminkan semangat muhibbah dan keterbukaan penduduk setempat dalam menjayakan program harmoni ini.
Program tersebut telah diacarakan sepenuhnya oleh Bendahari AL-HIDAYAH Kedah, Ustazah Nurasiqin Abdullah.
๐๐๐ง๐ ๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐ง๐ฌ๐๐ง ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ง๐ ๐ฌ๐๐๐ง, ๐๐๐ก๐ . ๐๐ซ. ๐๐ฎ๐๐ซ๐ข๐ณ๐ @ ๐๐ข๐๐๐ฒ๐๐ก ๐๐ฎ๐ก๐๐ฆ๐ฆ๐๐ dalam ucapan perasmian penutupnya menyampaikan salam hormat mewakili ๐๐๐ญ๐ข๐๐ฎ๐ฌ๐๐ก๐ ๐๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐๐๐ก๐จ๐ซ๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐ก๐ . ๐๐๐ญ๐จโ ๐๐ซ. ๐๐๐ฃ๐ข ๐๐จ๐ก๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐ซ๐ณ๐ฎ๐ค๐ข ๐๐๐ฃ๐ข ๐๐จ๐ก๐๐ฆ๐๐ ๐๐ฆ๐๐ซ serta penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program tersebut.

โSaya mewakili seluruh warga PERKIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MAIWP atas sokongan dan sumbangan kewangan yang memungkinkan program ini terlaksana,โ kata Dr Suariza.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pihak terlibat, khususnya jawatankuasa pelaksana kerana berjaya menganjurkan aktiviti gotong-royong, ziarah rumah ke rumah, serta menjalin hubungan erat dengan masyarakat setempat.
โWalaupun berlainan bangsa dan agama, penduduk kampung tetap menyambut kedatangan para sukarelawan dengan mesra, penuh sopan santun dan rasa kekeluargaan. Inilah wajah sebenar Malaysia iaitu sebuah negara yang majmuk tetapi tetap bersatu hati,โ jelas beliau.
Menurutnya, tujuan program ini bukan sekadar ziarah, sebaliknya untuk merapatkan jurang antara kaum dan agama, menyemai semangat muhibah serta mengukuhkan pertalian darah.
Tambah Dr Suariza lagi, program ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan antara penganjur dan masyarakat tempatan, malah membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu hidup dalam suasana aman, damai dan saling menghormati walaupun berbeza agama dan budaya.
Program berlangsung dalam suasana penuh harmoni, sekali gus menzahirkan mesej bahawa perpaduan sejati bukan hanya terletak pada persamaan tetapi pada kemampuan untuk meraikan perbezaan dalam semangat kasih sayang dan persaudaraan sejagat.
Sesi Dialog Harmoni yang berlangsung sepenuhnya dalam Bahasa Tamil sebelum itu disampaikan oleh ๐จ๐๐๐ฎ๐ ๐ ๐ผ๐ต๐ฑ ๐ก๐ฎ๐ถ๐บ ๐๐๐น๐ฎ๐บ ๐๐ฏ๐ฑ๐๐น๐น๐ฎ๐ต, ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ฒ๐ฟ๐๐๐ถ ๐๐-๐๐๐๐๐ฌ๐๐ ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฑ๐ฎ๐ต bersama ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐ต ๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐, ๐๐ฟ. ๐๐บ๐ฒ๐ฒ๐ฟ ๐๐ฏ๐ฑ๐๐น๐น๐ฎ๐ต.

Dalam bicaranya, Ustaz Naim yang juga Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah 1447H dalam perkongsiannya menjelaskan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah insan yang paling dihormati dan dipuji di dunia, malah nama Baginda sendiri bermaksud โyang terpujiโ.
Katanya lagi, sifat mulia Nabi diakui bukan sahaja oleh umat Islam tetapi juga oleh musuh Islam sendiri.

Dr. Ameer pula mengupas ramalan mengenai kedatangan Nabi Muhammad SAW yang turut disebut dalam pelbagai kitab agama lain, termasuk tradisi Hindu, Buddha, Parsi dan Kristian.
Beliau menekankan bahawa mesej Islam dapat disampaikan dengan hikmah, adab serta kasih sayang melalui rujukan budaya mereka.
Beliau menjelaskan, tokoh Buddha Maitreya diramalkan sebagai pembimbing akhir zaman, sementara dalam kitab Parsi kuno Dasatir, dinyatakan seorang nabi dari Arab akan mengalahkan empayar Parsi. Bahkan, dalam Bible Kristian, nama dan sifat Nabi Muhammad turut dirujuk dalam Songs of Solomon dan Injil Yohanes.
โTokoh-tokoh dunia juga mengakui keagungan Rasulullah SAW. George Bernard Shaw melihat Baginda sebagai penyelesai masalah dunia, Mahatma Gandhi menolak dakwaan Islam tersebar dengan pedang, manakala sejarawan Barat seperti William Muir dan Dr. William Draper mengakui kepimpinan Nabi sebagai pemacu tamadun manusia,โ katanya.
Ustaz Naim menutup bicara dengan menegaskan bahawa pengiktirafan terhadap Nabi Muhammad SAW bukan hanya wujud dalam Islam, tetapi turut diakui oleh agama-agama lain dan tokoh dunia, bukti bahawa Baginda adalah rahmat bagi seluruh alam.
Dialog harmoni itu turut diserikan dengan kuiz kemerdekaan, pengetahuan am dan sejarah melibatkan anak-anak dan masyarkat kampung.
Penolong Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Kongsi 6, Muniandy A/L Subramaniam, dalam ucapannya menyambut baik penganjuran program dan mengalu-alukan kehadiran para tetamu.
Katanya, bermula petang semalam, urus setia PERKIM dan AL-HIDAYAH bersama masyarakat kampung bertungkus lumus dan bergotong-royong membersihkan kawasan dewan bagi memastikan program dapat berjalan dengan lancar.
Sejurus itu, mereka dibawa ziarah rumah ke rumah untuk menjemput masyarakat kampung hadir ke program pada hari ini.
Majlis turut menyaksikan penyampaian plak cenderahati PERKIM oleh Dr. Suariza kepada Muniandy.
Sebagai tanda penghormatan, masyarakat kampung mengalungkan bunga malai kepada Dr. Suariza, Ustaz Naim dan Dr. Ameer melambangkan penghargaan mereka terhadap usaha penganjur.
Dr Suariza turut menyampaikan sumbangan set barangan makanan kepada 55 keluarga.
Setiap keluarga menerima set barangan makanan asasi seperti beras, mi segera, sardin, susu tin, minyak, bihun dan lain-lain.
Majlis berakhir dengan sesi fotografi bersama masyarakat kampung dan jamuan makan tengah hari.
Antara urus setia PERKIM Kebangsaan yang terlibat ialah Ustaz Muhammad Jais Mariappan Abdullah, Azura Abdul Rahman, Norlailialpin Suratman, dan Mualish Shah Haji Mohd Anuar bersama sukarelawan Mohd Firdaus Pompeyo Abdullah.
Turut hadir memeriahkan program ialah Pengerusi PERKIM Cawangan Daerah Kuala Muda, Ustaz Imron Kochem Haji Ahmad; Penolong Setiausaha Kehormat, Ustazah Juhana Halimah Johari.
Hadir sama ialah Pengerusi AL-HIDAYAH Pusat, Ustaz Muhammad Nasrul Haq Abdul Latif; Timbalan Pengerusi AL-HIDAYAH Pusat, Ustaz Haji Muhammad Rafee Rahman; Pendakwah Mualaf Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Ustazah Nazirah Nantha Kumari Abdullah; Setiausaha AL-HIDAYAH Kedah, Ustaz Mohd Firdaus Abdullah dan serta sukarelawan PERKIM Kuala Muda dan AL-HIDAYAH yang banyak membantu menjayakan program ini.

Masyarakat kampung hadir dan mendaftarkan diri di hadapan dewan serbaguna.

Urus setia mendaftarkan nama penduduk kampung yang hadir ke Program Dialog Harmoni.

Ustaz Rafee turut bertanyakan khabar penduduk kampung ketika mereka bersarapan.

Urus setia bertanyakan nama dan bermesra bersama kanak-kanak kampung.

Sukarelawan PERKIM Kuala Muda turut terlibat dalam pendaftaran penduduk kampung.

Urus setia mendaftarkan penduduk kampung wanita.

Ustaz Naim Islam berbual mesra bersama kanak-kanak kampung sambil bertanyakan soalan kuiz.

Ustaz Nasrul Haq membantu mengangkat makanan untuk diagihkan kepada penduduk kampung.

Ustaz Naim Islam berkongsi kisah peribadinya mendalami Islam kepada penduduk kampung.

Antara masyarakat kampung yang hadir mendengar perkongsian daripada Ustaz Naim Islam.

Masyarakat Kampung Kongsi 6 mendengar syarahan yang disampaikan dalam Bahasa Tamil.

Dr Ameer dalam Dialog Harmoni menegaskan ramalan mengenai kedatangan Nabi Muhammad SAW turut disebut dalam pelbagai kitab agama lain.

Kanak-kanak kampung mengangkat tangan ketika menjawab soalan kuiz.

Salah seorang penduduk kampung menjawab soalan kuiz dari penceramah.

Penduduk kampung gembira menerima saguhati selepas menjawab soalan kuiz daripada Ustazah Nazirah Nanta Kumari.

Nurasiqin mengacarakan majlis penutup program.

Muniandy selaku JPKKP Kampung Kongsi 6 menyambut baik penganjuran program dan mengalu-alukan kehadiran rombongan.

Dr Suariza mewakili Setiausaha Agung Kehormat PERKIM menyampaikan ucapan perasmian penutup.

Menurut Dr Suariza, program ini bukan sekadar ziarah, sebaliknya untuk merapatkan jurang antara kaum dan agama serta menyemai semangat muhibah.

Hadirin menepuk tangan seusai perasmian penutupan program.

Panchavarnum A/P Mariappan mewakili ketua kampung memakaikan kain ponnadai sebagai tanda penghormatan kepada perasmi.

Dr Suariza menyampaikan plak cenderahati PERKIM kepada Muniandy sebagai tanda penghargaan.

Sebagai tanda penghormatan, penduduk kampung memakaikan kalung bunga malai kepada Dr Ameer.

Ustaz Nasrul Haq dan Ustaz Rafee memberi penghargaan memakaikan kain ponnadai kepada Ustaz Naim Islam sebagai tokoh Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah.

Dr Suariza mengagihkan sumbangan makanan kepada penduduk kampung.

Antara 55 penduduk kampung yang menerima sumbangan makanan daripada Dr Suariza.

Dr Suariza bersama masyarakat kampung bergambar kenang-kenangan di akhir program.

Masyarakat kampung disajikan dengan jamuan makan tengah hari selepas berakhirnya program.

Penduduk kampung menjamu selera bersama-sama seusai Dialog Harmoni.

Barisan urus setia program berkesempatan bergambar bersama Dr Suariza di akhir program.



