Aktiviti Wanita PERKIM

Tunku Noor Hayati Rasmi Seminar Memperkasa Wanita Dinamik Siri II

ᵒˡᵉʰ: ˢᴿᶻ

𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀, 𝟐𝟎 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟓 – “Hari ini kita bimbang dengan isu kes buli yang semakin berleluasa dalam masyarakat hari ini,” kata 𝐘𝐓𝐌 𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐫𝐢 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐇𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐍𝐨𝐨𝐫 𝐇𝐚𝐲𝐚𝐭𝐢 𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚 𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐣.

“Zaman telah berubah, namun cabaran baharu yang kita hadapi kini ialah budaya buli yang kian menular. Sebagai wanita dan ibu pertiwi, kita tidak boleh hanya berdiam diri. Kita perlu berani bersuara dan mengambil langkah ke hadapan bagi memastikan isu ini ditangani dengan tegas,” tegas beliau.


Tunku Noor Hayati selaku Ketua Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan berkata ketika menyampaikan ucapan perasmian di Seminar Memperkasakan Wanita Dinamik Siri II yang berlangsung dengan jayanya di Auditorium Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Kompleks Islam Putrajaya pada pagi Rabu.

Seminar yang menghimpunkan seramai lebih 200 orang peserta terdiri daripada ahli-ahli Wanita PERKIM, saudara baharu, pertubuhan wanita, agensi kerajaan dan rakan strategik itu mendapat kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan JAKIM.

Seminar bertujuan memperkasakan wanita melalui perkongsian ilmu, motivasi dan kemahiran yang dapat membantu membina sahsiah diri, meningkatkan kepimpinan serta memperkukuh kedudukan wanita dalam masyarakat.

Majlis membuka tirai dengan nyanyian NegaraKu, Lagu Wanita PERKIM serta bacaan doa dipimpin oleh Imam Surau Al-Faizin Bandar Seri Putra, Ustaz Amier Hakiem Mohamed Noor.

Tunku Noor Hayati dalam ucapan perasmiannya menzahirkan penghargaan kepada Wanita PERKIM Cawangan An-Nidaa’ Putrajaya atas penganjuran seminar yang disifatkan sebagai platform penting untuk membimbing wanita dan saudara mualaf agar lebih berdaya saing.

Menurut sejarah, pada tahun 1980, Ketua Wanita PERKIM pertama, Almarhumah Datuk Patinggi Puan Sri (Dr.) Hajjah Laila Taib bersama ayahandanya Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menubuhkan Wanita PERKIM. Ini adalah kerana untuk menjaga kebajikan wanita disebabkan masalah di luar sana adalah membabitkan wanita dan wanita mualaf.

Beliau menegaskan bahawa wanita bukan sahaja berperanan sebagai ibu dalam rumah tangga, malah memikul tanggungjawab besar sebagai “ibu pertiwi” yang harus berani bersuara mengenai isu-isu masyarakat seperti kes buli, penyalahgunaan dadah, rogol dan pelbagai gejala sosial yang semakin membimbangkan.

“Allah telah mengurniakan wanita dengan gerak hati yang kuat. Justeru, apabila terlihat perkara-perkara yang tidak baik, bangkitlah mempertahankan hak kita sebagai wanita,” tegas beliau.

Selain itu, beliau turut menekankan usaha berterusan Wanita PERKIM dalam memperkukuh jaringan strategik dengan pelbagai pihak. Pertemuan bersama JAKIM dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada tahun 2022 dan 2024 membuktikan komitmen Wanita PERKIM untuk terus mencari ruang serta peluang bagi membantu ekonomi saudara baharu melalui perancangan bersepadu.

Tunku Noor Hayati menzahirkan harapan agar lebih banyak aktiviti yang melibatkan golongan muda dapat dilaksanakan, sekaligus memperluas penglibatan mereka dalam PERKIM. Beliau turut menyatakan aspirasi Wanita PERKIM untuk menjadi pusat sehenti (“one-stop centre”) dengan kerjasama agensi kerajaan demi manfaat masyarakat, khususnya saudara baharu.


Sementara itu, 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌 𝐂𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐧-𝐍𝐢𝐝𝐚𝐚’ 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚, 𝐘𝐁𝐡𝐠 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐫𝐢 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐟𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐮𝐧 dalam ucapannya menzahirkan rasa syukur atas keberangkatan Tunku Noor Hayati ke seminar tersebut.

Beliau menyifatkan kehadiran Ketua Wanita PERKIM Kebangsaan sebagai suntikan semangat dan sejarah bermakna buat Wanita PERKIM Cawangan An-Nidaa’ Putrajaya.

Puan Sri Hanifat turut merakamkan penghargaan kepada pelbagai pihak yang memberi sokongan, termasuk Badan Amal Kasih Ibu, Faiza Marketing, PUSPANITA, Jabatan Akauntan Negara, rakan strategik Wanita YADIM, Wanita PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan, Wanita PERKIM KL Utara, Wanita PERKIM Batu Muda serta Muslimat surau-surau Jumaat Putrajaya.

Tidak ketinggalan, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada JAKIM dan MAIWP atas kerjasama padu dalam menjayakan program ini.

“Tujuan utama kita ialah meningkatkan kehidupan dalam masyarakat bermula dengan keluarga. Apabila keluarga berjaya, maka masyarakat juga akan turut berjaya. Justeru, kita perlu menjadi wanita yang gemilang, perkasa dan serba boleh,” ujar beliau.

Hanifat turut memetik Surah al-Maidah ayat 2 sebagai pedoman dalam memperkukuh ukhuwah dan amal kebajikan sesama insan.

Beliau turut mempersembahkan sebuah puisi bertajuk Wanita Dinamik.

𝑊𝑎𝑛𝑖𝑡𝑎 𝐷𝑖𝑛𝑎𝑚𝑖𝑘

𝐷𝑖𝑢𝑓𝑢𝑘 𝑝𝑎𝑔𝑖 𝑠𝑖𝑛𝑎𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑙𝑎,

𝐿𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎ℎ𝑛𝑦𝑎 𝑡𝑒𝑔𝑢ℎ 𝑗𝑖𝑤𝑎 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑎𝑟𝑎,

𝐵𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑘𝑎𝑑𝑎𝑟 𝑏𝑎𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖 𝑑𝑢𝑛𝑖𝑎,

𝑇𝑎𝑝𝑖 𝑛𝑎𝑑𝑖 𝑝𝑒𝑟𝑢𝑏𝑎ℎ𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑛𝑐𝑒𝑡𝑢𝑠 𝑐𝑎ℎ𝑎𝑦𝑎.

𝑊𝑎𝑛𝑖𝑡𝑎 𝐷𝑖𝑛𝑎𝑚𝑖𝑘

𝐷𝑖𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑑𝑖𝑟𝑖 𝑡𝑎𝑛𝑝𝑎 𝑔𝑒𝑛𝑡𝑎𝑟,

𝑀𝑒𝑛𝑔𝑔𝑎𝑙𝑎𝑠 𝑚𝑖𝑚𝑝𝑖 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑛𝑡𝑎𝑠 ℎ𝑎𝑚𝑏𝑎𝑟,

𝐵𝑖𝑐𝑎𝑟𝑎 𝑙𝑒𝑚𝑏𝑢𝑡 ℎ𝑎𝑡𝑖 𝑡𝑒𝑔𝑎𝑟,

𝑀𝑒𝑚𝑏𝑢𝑎𝑡 𝑑𝑢𝑘𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑑𝑖 𝑠𝑒𝑔𝑎𝑟.

𝑊𝑎𝑛𝑖𝑡𝑎 𝐷𝑖𝑛𝑎𝑚𝑖𝑘 𝑎𝑘𝑎𝑙𝑛𝑦𝑎 𝑙𝑢𝑎𝑠,

𝐼𝑙𝑚𝑢𝑛𝑦𝑎 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑡𝑖𝑛𝑑𝑎𝑘𝑎𝑛𝑛𝑦𝑎 𝑗𝑒𝑙𝑎𝑠,

𝐷𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑘𝑒𝑙𝑒𝑚𝑏𝑢𝑡𝑎𝑛 𝑎𝑑𝑎 𝑘𝑒𝑘𝑢𝑎𝑡𝑎𝑛,

𝐷𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑘𝑒𝑡𝑒𝑔𝑎𝑠𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑟𝑠𝑖𝑚𝑝𝑎𝑛 𝑘𝑎𝑠𝑖ℎ 𝑑𝑎𝑛 𝑠𝑎𝑦𝑎𝑛𝑔.

𝐷𝑖𝑎 𝑏𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑘𝑎𝑑𝑎𝑟 𝑝𝑒𝑛𝑒𝑚𝑎𝑛,

𝑇𝑎𝑝𝑖 𝑝𝑒𝑚𝑖𝑚𝑝𝑖𝑛 𝑝𝑒𝑛𝑔𝑔𝑒𝑟𝑎𝑘 𝑧𝑎𝑚𝑎𝑛,

𝑀𝑒𝑛𝑦𝑢𝑙𝑎𝑚 ℎ𝑎𝑟𝑎𝑝𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛𝑦𝑎𝑚 𝑖𝑚𝑎𝑛,

𝑀𝑒𝑛𝑗𝑎𝑑𝑖 𝑙𝑎𝑛𝑡𝑒𝑟𝑎 𝑑𝑖 𝑗𝑎𝑙𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑑𝑎𝑝𝑎𝑛.

𝑊𝑎𝑛𝑖𝑡𝑎 𝐷𝑖𝑛𝑎𝑚𝑖𝑘 𝑒𝑛𝑔𝑘𝑎𝑢 𝑖𝑠𝑡𝑖𝑚𝑒𝑤𝑎,

𝑀𝑒𝑚𝑏𝑎𝑤𝑎 𝑏𝑎𝑛𝑔𝑠𝑎 𝑘𝑒 𝑝𝑢𝑛𝑐𝑎𝑘 𝑠𝑒𝑗𝑎ℎ𝑡𝑒𝑟𝑎,

𝑁𝑎𝑚𝑎𝑚𝑢 𝑡𝑒𝑟𝑝𝑎ℎ𝑎𝑡 𝑠𝑒𝑗𝑎𝑟𝑎ℎ 𝑏𝑖𝑐𝑎𝑟𝑎,

𝐵𝑎ℎ𝑎𝑤𝑎 𝑒𝑛𝑔𝑘𝑎𝑢 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑐𝑎ℎ𝑎𝑦𝑎 𝑑𝑢𝑛𝑖𝑎.

𝑊𝑎𝑛𝑖𝑡𝑎 𝐷𝑖𝑛𝑎𝑚𝑖𝑘

𝐺𝑒𝑙𝑜𝑚𝑏𝑎𝑛𝑔 𝑧𝑎𝑚𝑎𝑛 𝑘𝑖𝑎𝑛 ℎ𝑒𝑛𝑡𝑖,

𝑇𝑒𝑘𝑛𝑜𝑙𝑜𝑔𝑖, 𝑔𝑙𝑜𝑏𝑎𝑙𝑖𝑠𝑎𝑠𝑖 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑢𝑔𝑎 ℎ𝑎𝑡𝑖,

𝑁𝑎𝑚𝑢𝑛 𝑊𝑎𝑛𝑖𝑡𝑎 𝐷𝑖𝑛𝑎𝑚𝑖𝑘 𝑏𝑒𝑟𝑑𝑖𝑟𝑖 𝑏𝑒𝑟𝑎𝑛𝑖,

𝑀𝑒𝑛𝑦𝑢𝑙𝑎𝑚 ℎ𝑎𝑟𝑎𝑝𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑐𝑖𝑝𝑡𝑎 ℎ𝑎𝑟𝑚𝑜𝑛𝑖.

𝐶𝑎𝑏𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑡𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑖𝑙𝑖ℎ 𝑏𝑒𝑟𝑔𝑎𝑛𝑡𝑖,

𝐵𝑒𝑏𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑟𝑎𝑛𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑝𝑖𝑘𝑢𝑙 𝑠𝑒𝑗𝑎𝑡𝑖,

𝑆𝑒𝑏𝑎𝑔𝑎𝑖 𝑖𝑏𝑢, 𝑝𝑒𝑚𝑖𝑚𝑝𝑖𝑛 𝑗𝑢𝑔𝑎 𝑖𝑠𝑡𝑒𝑟𝑖,

𝐷𝑖𝑎 𝑡𝑒𝑡𝑎𝑝 𝑡𝑒𝑔𝑢ℎ 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑙𝑎𝑔𝑖 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑖𝑟𝑖.

𝐴𝑟𝑢𝑠 𝑝𝑒𝑟𝑢𝑏𝑎ℎ𝑎𝑛 𝑏𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑛𝑔ℎ𝑎𝑙𝑎𝑛𝑔,

𝑇𝑒𝑡𝑎𝑝𝑖 𝑝𝑒𝑙𝑢𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑝𝑒𝑔𝑎𝑛𝑔,

𝐷𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑖𝑙𝑚𝑢 𝑖𝑚𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑘𝑎𝑑 𝑗𝑖𝑤𝑎,

𝑁𝑎𝑚𝑝𝑎𝑘 ℎ𝑎𝑑𝑎𝑝𝑎𝑛 𝑡𝑎𝑛𝑝𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑘𝑒 𝑏𝑒𝑙𝑎𝑘𝑎𝑛𝑔.

𝑊𝑎𝑛𝑖𝑡𝑎 𝐷𝑖𝑛𝑎𝑚𝑖𝑘 𝑤𝑖𝑟𝑎 𝑧𝑎𝑚𝑎𝑛,

𝑀𝑒𝑚𝑏𝑎𝑤𝑎 𝑛𝑖𝑙𝑎𝑖 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑔𝑎 𝑚𝑎𝑟𝑢𝑎ℎ 𝑖𝑛𝑠𝑎𝑛,

𝐷𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑐𝑎𝑏𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑙𝑎ℎ𝑖𝑟𝑙𝑎ℎ 𝑘𝑒𝑡𝑎𝑏𝑎ℎ𝑎𝑛,

𝐷𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑡𝑒𝑘𝑎𝑛𝑎𝑛 𝑡𝑢𝑚𝑏𝑢ℎ𝑙𝑎ℎ 𝑘𝑒𝑘𝑢𝑎𝑡𝑎𝑛.

 

Selepas majlis perasmian, seminar diteruskan dengan tiga sesi ceramah.

Ceramah 1 disampaikan oleh Pengarah Urusan Faiza Marketing, Puan Najwa Abu Bakar, bertajuk Keusahawanan – Kemahiran Meningkatkan Keupayaan Keusahawanan yang menekankan kemahiran berniaga serta membina daya saing.

Ceramah 2 pula disampaikan oleh Pengerusi Surau Al-Manar Presint 14, YBhg Prof Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din, bertajuk Motivasi Diri – Memupuk Pertumbuhan Peribadi, Keyakinan Diri, dan Kemahiran Kepimpinan.

Ceramah 3 disampaikan oleh YBhg Datin Sheila Ismail dengan topik Imej & Penampilan Diri, yang memberi penekanan kepada pembentukan keyakinan melalui imej positif.

Turut hadir memeriahkan seminar ialah Timbalan Pengerusi Wanita PERKIM Cawangan An-Nidaa’ Putrajaya, YBhg Datin Noraini Mohamed; Pengerusi Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan, YBhg Datin Sri Utama Anggrani Sentiyaki serta Pegawai Hal Ehwal Wanita PERKIM Kebangsaan, Fatin Hamizah Ismail.

Seminar Memperkasa Wanita Dinamik Siri II ini melabuhkan tirai dengan sesi bergambar bersama para peserta dan jemputan.

Program ini bukan sahaja berjaya memperkukuh semangat dan jati diri wanita, tetapi juga menjadi wadah penting dalam melahirkan wanita yang dinamik, berdaya saing dan mampu memimpin perubahan masyarakat ke arah yang lebih sejahtera.

 


Urus setia Wanita PERKIM Cawangan An-Nidaa’ Putrajaya mengalu-alukan keberangkatan tiba Tunku Noor Hayati.

 


Keberangkatan tiba YTM Tunku Puan Sri Dato’ Hajah Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Seminar Memperkasa Wanita Dinamik Siri II di Dewan Auditorium JAKIM.

 

 

 


Seminar membuka tirai dengan selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

 

 


Para hadirin berdiri dan membacakan selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

 

 


Tetamu kehormat berdiri hormat bagi menyanyikan lagu Negaraku.

 


Para wanita berdiri tegak sambil menyanyikan lagu Negaraku.


Ketua Wanita PERKIM (tengah) bersama Pengerusi dan Timbalan Wanita PERKIM An-Nidaa’ Putrajaya menyanyikan lagu Wanita PERKIM.

 

 

 

 

 


Hadirin menyanyikan lagu Wanita PERKIM dengan penuh semangat kewanitaan.

 

 


Ustaz Amier Hakiem memimpin bacaan doa pembuka majlis.

 

 


Puan Sri Hanifat Harun menyampaikan kata alu-aluan pada seminar tersebut.

 

 


Puan Sri Hanifat menyeru para hadirin perlu menjadi wanita yang gemilang, perkasa dan serba boleh.

 

 


Tunku Noor Hayati merasmikan Seminar Memperkasa Wanita Dinamik Siri II.

 

 


“Wanita bukan sahaja berperanan sebagai ibu dalam rumah tangga, malah harus berani bersuara mengenai isu-isu masyarakat,” tegas Tunku Noor Hayati.

 

 


Puan Sri Hanifat (kiri) menyampaikan cendera kenangan kepada Tunku Noor Hayati.

 

 


Tunku Noor Hayati menerima plak cenderahati daripada Puan Sri Hanifat.

 

 


Barisan Ahli Jawatankuasa Wanita PERKIM Cawangan An-Nidaa’ Putrajaya berkesempatan bergambar bersama Ketua Wanit PERKIM Kebangsaan, Tunku Noor Hayati.

 

 


Tunku Noor Hayati berkesempatan bersalaman bersama para hadirin seminar.

 

 


Sebahagian peserta merakamkan saat-saat manis bergambar bersama Ketua Wanita PERKIM Kebangsaan.

 

 


Barisan urus setia merakamkan gambar kenangan bersama Tunku Noor Hayati.

 

 


Tunku Noor Hayati dan Datin Sri Utama Anggrani Sentiyaki merakamkan gambar bersama barisan urus setia Wanita PERKIM Cawangan An-Nidaa’ di hadapan kaunter JAKIM.

 

 

 

Related Articles

Back to top button