Wanita PERKIM Kedah Anjur Liqa’ Mahabbah
ALOR SETAR, 7 DISEMBER 2022 – Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Kedah telah menganjurkan Program Liqa’ Mahabbah Siri Ke-8 bertempat di Dewan Mahathir Mohamad Kompleks Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad dekat sini, Rabu.
Program itu dihadiri seramai 70 orang saudara baru dari Alor Setar, Ayer Hitam, Baling, Pendang dan Kuala Nerang termasuk Ahli Jawatankuasa PERKIM Bahagian Negeri Kedah.
Majlis dimulakan dengan persembahan nasyid selawat oleh kumpulan Mawaddah dari Ayer Hitam disusuli dengan bacaan doa oleh Muhammad Fauwaz bin Yusof.
Majlis diserikan lagi dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Wanita PERKIM Bahagian Negeri Kedah, YBhg Datin Hajah Aishah Ibrahim.
Datin Aishah dalam ucapannya berkata, program itu bertujuan untuk mengukuhkan ilmu keislaman yang ada bagi menampung kekurangan yang dikenal pasti.
Di samping itu, dapat membuka ruang dakwah yang lebih luas dan memberi peluang kepada saudara baru untuk mempelajari Islam dengan lebih mendalam.
Beliau berharap saudara baru akan lebih bersemangat dalam mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Kedah, YBhg Dato’ Mansor Haji Ismail.
Dato’ Mansor dalam ucapan perasmiannya berkata, Islam itu suatu agama yang penuh dengan hikmah dan keindahan.
Atas asbab itu ramai yang tertarik dengan Islam dan menjadi saudara baru yang bersama mengimani Allah sebagai Tuhan yang satu.
Semoga penganjuran ini memberi manfaat untuk semua, khususnya saudara baharu di Kedah.
“Saya juga berharap agar program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang, dalam merapatkan ukhuwah serta memperkukuhkan perjuangan murni kita,” kata Dato’ Mansor diakhir ucapannya.
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Pembangunan Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman merangkap kaunselor bertauliah, Zaiton Zainal Abidin turut menyampaikan ceramah bertajuk ‘Menyeru Kebaikan, Mencegah Kemungkaran’.
Manakala, penceramah kedua dari Ketua Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Negeri Kedah, YBhg Ustazah Dr Hajah Faridah Haji Ahmad pula menyampaikan ceramah bertajuk ‘Mahabah Membina Kecemerlangan Duniawi dan Ukhrawi’.
Wanita PERKIM Bahagian Negeri Kedah menganjurkan Program Liqa’ Mahabbah di Kompleks Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad, Alor Setar.
Datin Aishah menyampaikan ucapan aluan di program tersebut.
Kumpulan Nasyid Mawaddah (Ayer Hitam) menyampaikan lagu nasyid kepada hadirin.
Antara tetamu kehormat yang hadir di program tersebut.
Antara 70 orang yang hadir di Program Liqa’ Mahabbah anjuran Wanita PERKIM Bahagian Negeri Kedah.
Dato’ Mansor merasmikan Program Liqa’ Mahabbah Ke-8.
Puan Zaiton menyampaikan ceramah bertajuk ‘Menyeru Kebaikan, Mencegah Kemungkaran’.
Dr Faridah pula menyampaikan ceramah bertajuk ‘Mahabah Membina Kecemerlangan Duniawi dan Ukhrawi’.
Ahli Jawatankuasa Wanita PERKIM Bahagian Negeri Kedah.
Datin Aishah(tengah) menyampaikan cenderahati kepada Dato’ Mansor sebagai perasmi.
Ahli Wanita PERKIM Bahagian Negeri Kedah bergambar kenang-kenangan dengan Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Kedah, YBhg Dato’ Mansor Haji Ismail.