Berita PERKIM Bahagian & Cawangan

Penubuhan Majlis Belia PERKIM Bahagian Negeri Melaka

MELAKA, 7 DISEMBER 2022 – Ketua Majlis Belia Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Pusat, Ustaz Mohd Farhan Aslam bersama ahli jawatankuasanya telah hadir ke PERKIM Bahagian Negeri Melaka, Jalan Munshi Abdullah dekat sini.
 
Pertemuan yang dihadiri seramai 33 orang tersebut merupakan hasrat Farhan Aslam untuk membincangkan bersama mengenai Penubuhan Majlis Belia PERKIM Bahagian Negeri Melaka.

Hadir sama dalam perbincangan tersebut adalah para belia daripada PERKIM Cawangan S. B. Bemban, Klebang Besar, Sungai Udang Jaya dan Kelab PERKIM UniKL MICET.

 
Keputusan perbincangan menubuhkan Jawatankuasa Penaja Majlis Belia PERKIM Bahagian Negeri Melaka berjalan dengan lancar di mana Ustaz Muhammad Shahril Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Penaja di samping dua Naib Ketua dan 12 ahli jawatankuasa.
 
Turut hadir ialah pimpinan PERKIM Bahagian Negeri Melaka, Pengerusi 1, YBhg Tuan Haji Abd Rahim Alimat; Naib Pengerusi 2, YBhg Tuan Haji Bahaudin Abdullah; Setiausaha Kehormat, YBhg Dr Zainal Mohamed; Penolong Setiausaha, Zolkiflee Md Salleh; Bendahari Kehormat, YBhg Tuan Haji Mohd Nor Mansor; Pengerusi Wanita, YBhg Puan Hajah Sabariah Jamil Ahmad dan Setiausaha Wanita, Norhayati Janudin.


Farhan Aslam (kiri) mempengerusikan penubuhan Majlis Belia PERKIM Bahagian Negeri Melaka.

 

Seramai 33 orang hadir di perbincangan tersebut.
 
 

Muhammad Shahril (kanan) dilantik sebagai Ketua Penaja Majlis Belia PERKIM Bahagian Negeri Melaka.
 
 

Penubuhan Majlis Belia PERKIM Bahagian Negeri Melaka dipersetujui oleh Ahli Jawatankuasa PERKIM Bahagian Negeri Melaka.
 
 

Pelbagai pandangan, lontaran idea dan buah fikiran bagi penubuhan Majlis Belia PERKIM Bahagian Negeri Melaka itu.
 

Related Articles

Back to top button