Usrah Pertemuan Bulan Mac 2021 Bersama Kakitangan PERKIM: Al-Quran Nadi Umat Islam

Oleh: UMI MUSFIRAH ABDUL GHANI
“Hari ini kita sudah di penghujung bulan Rejab, ia bermakna kira-kira sebulan lagi akan tibalah satu masa yang sangat baik bagi kita untuk mengambil kesempatan memohon kemaafan daripada Allah SWT, pengampunan dan rahmat yang sengaja diluangkan oleh Allah setahun sekali dalam bulan Ramadan,” kata YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.
Tambah Dr Yusof Noor yang juga Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Ramadan akan datang merupakan Ramadan yang lebih bererti kerana Allah telah mengajar manusia di seluruh dunia memikirkan tentang apakah rahsia di sebalik peristiwa wabak COVID-19.
Dr Yusof Noor berucap ketika menyampaikan ucapan di Majlis Usrah Pertemuan Bulan Mac 2021 Bersama Kakitangan PERKIM pada 12 Mac 2021 bertempat di ruang legar Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur.
Perhimpunan tersebut dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan dan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu PERKIM Pacu Kemajuan dipimpin oleh Pasukan Koir PERKIM.
Pegawai Unit Perancangan, Penyelarasan dan Pelaksanaan PERKIM, Muhammad Farhan Tee Abdullah mempengerusikan acara majlis manakala Penolong Pegawai Dakwah Institut Dakwah Antarabangsa PERKIM Kuala Lumpur (IDIP-KL), Abdul Qawi Navine Abdullah pula mengetuai majlis bacaan doa.
Turut hadir ialah Bendahari Kehormat PERKIM, YBhg Tan Sri Dato’ Dr Muhammad Rais Abdul Karim; Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM; YBhg Datuk Haji Hasbullah L. Isa; Pengarah Unit Perhubungan Awam Dalam dan Luar Negara PERKIM, YBhg Dato’ Haji Abdul Hanif Harun; Pengarah Unit Pembangunan dan Aset PERKIM; YBhg Datuk Ahmad Mustafa; Setiauasha Kerja (Pentadbiran dan Program) PERKIM; YBhg Tuan Haji Mamat Che Chik; Setiausaha Kerja (PERKIM Bahagian Negeri-Negeri); Encik Zulkefli Arifin dan Pengarah IDIP-KL; YBhg Dr Suariza @ Hidayah Muhammad.
Menurut Dr Yusof Noor, Ramadan ini merupakan Ramadan yang kali kedua berlaku dalam suasana ancaman wabak kerana seumur hidup saya tidak pernah mengalami Ramadan yang berlaku dalam suasana seperti ini.
Jelas beliau, berapa peratus daripada penduduk dunia terutamanya orang-orang Islam yang berfikir tentang satu pelajaran yang boleh kita ambil walaupun kita mendengar daripada media dan sebagainya bahawa wabak ini mempunyai satu hikmah. Mengatakan ini satu hikmah, satu peluang. Tapi sejauh mana kita meresapkan roh itu dalam diri kita?
Adakah hanya ucapan di luar tapi tidak dihayati oleh hati sanubari kita. Ia perlu dterjemahkan,maka sebab itu saya berfikir dalam konteks PERKIM ini walaupun kita sedar tentang keanggotaan ataupun kekeuatan kita dari segi jumlah.
Jelas beliau, warga-warga PERKIM sama ada menjadi ahli atau yang meminati PERKIM tentulah tidak sampai 32 juta orang, tetapi angka 30 itu ada juga cuma ahli kita hanya sekitar 32,000 hingga 36,000 sahaja.
Walaupun sedikit, jika sekiranya kita sebagai anggota PERKIM ini bermula daripada pusat ini dapat digerakkan bagi menjadikan peristiwa ini sebagai peristiwa yang sangat besar maknanya kepada kita.
COVID-19 ini tidak boleh dipandang serta dipegang, tetapi kalau diuji dengan seperti suatu perkara yang tidak boleh kita lawan, itu bermakna bahawa kita mesti iktiraf, bahawa kita adalah lemah di hadapan Allah SWT.
Maka sebab itu di PERKIM ini, saya berharap walaupun kita jumlahnya kecil tapi sekurang-kurangnya kita boleh mengisi satu vakum keperluan masyarakat Islam untuk menjadi golongan yang boleh menjadi benteng kepada pembinaan imej Islam ini.
Ujar Dr Yusof Noor, kita di sini hanya lebih kurang 40 orang sahaja, tapi semangat 40 orang inilah jika kita isikan dengan sebaik-baiknya semangat perjuangan, maka ia mungkin bermakna bersamaan kekuatannya hampir 40 juta orang.
Caranya ialah kita menanamkan semangat keislaman itu dan kita bersyukur kerana dapat berada di PERKIM ini, walaupun sementara tapi ertinya sangat besar, kerana kita dipandu oleh sebuah kitab suci Al-Quran.
Kita sedia maklum bahawa dunia hari ini mereka kebanyakanya, tidak begitu sedar tentang kekuatan Al-Quran.
Kalau kita perhatikan dalam dunia ini terdapat orang-orang yang membaca, menulis serta menerbitkan buku seperti Charles Dickens dan Shakespeare. Mereka mengeluarkan buku yang menjadi kebanggaan orang-orang Inggeris dan juga menjadi rujukan dalam bidang sastera Inggeris.
Buku-buku yang dikeluarkan oleh Charles Dickens dan Shakespeare dan lain-lain lagi yang usianya kira-kira 200 tahun menjadi sebahagian daripada kegiatan generasi saya sewaktu di sekolah dahulu kini makin pupus dalam ingatan manusia di dunia ini.
Tetapi di hadapan kita ada satu buku yang datang daripada Yang Maha Esa menerusi seorang utusan yang tidak boleh membaca dan menulis kini sudah berusia 1400 tahun masih lagi dipakai dan tidak luput dari ingatan manusia.
Kata Dr Yusof Noor, ini bermakna kita ada kekuatan kerana kita ada panduan, sekiranya panduan ini merupakan panduan yang biasa datang daripada orang yang biasa, tidak mungkin ia boleh kekal sehingga ke hari ini.
Kitab lain yang diturunkan menerusi Nabi Musa, Isa, Daud memang sudah tidak ada lagi kerana Allah SWT sudah tamatkan tempohnya.
Bersama kita ada sebuah buku yang datang menerusi seorang utusan yang tidak tahu membaca dan menulis dan usia buku tersebut sudah melebihi 1400 tahun dan mungkin akan sampai ke 2000 ke 3000 tahun dan ia menunjukkan bahawa, ia bukannya satu buku yang dicipta dan direka-reka oleh manusia.
Inilah yang menjadi pegangan kita di PERKIM dan juga orang-orang Islam di tempat yang lain. Maka sebab itu saya berharap kita di sini memerhati perkara yang penting ini tapi sekurang-kurangnya kita di sini berasa bertuah kerana telah kita ditakdirkan singgah berkhidmat di PERKIM.
Bulan Rejab merupakan bulan yang perlu kita berdamping dengan Al-Quran apatah lagi tibanya bulan Ramadan yang kita perlu gandakan lagi perdampingan kita dengan Al-Quran.
“Saya percaya kalau kita mencari faedah yang kita dapati bekerja di PERKIM ini bukan hanya dari segi apa yang kita dapat, tapi apa yang kita diberi balasan oleh Allah SWT,” jelas Tan Sri Setiausaha Agung Kehormat.
Beliau berharap kakitangan dapat meningkatkan komitmen kepada PERKIM bukan untuk diri sendiri, bahkan untuk Islam iaitu agama kita. Itulah nilai kita berada di PERKIM ini.
Alhamdulillah, secara tidak disedari kita sudah ada tempat untuk solat Jumaat yang tidak pernah berlaku suatu masa dahulu asbab hikmah daripada suasana COVID-19 dan kita memohon supaya bangunan ini yang terdapat Surau PERKIM kekal kepada status Surau Jumaat.
Agama yang menjadi sandaran kita dalam meneruskan misi di PERKIM ini kerana PERKIM ini bukanlah pertubuhan yang kaya tapi kita berikhtiar supaya setiap yang bekerja di sini merasa beruntung dan bertuah kerana ramai yang lain apa pun keadannya, saya fikir di PERKIM ini masih boleh dianggap sebagai bernasib baik.
Saya mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Syaaban dan mudah-mudahan kita akan disampaikan ke bulan Ramadan.
Semalam pun saya tahu, saya pergi tengok orang sakit. Kita sedar bahawa yang tidak ada iaitu kerana sudah diambil kembali oleh Pencipta. Ini bermakna bahawa walaupun kita belum masuk ke dalam kategori ini, Pencipta boleh mengambilnya. Walaupun kita berusia muda, remaja, kanak-kanak tapi kita dapati bahawa perkara ini adalah tertakluk kepada Maha Pencipta.
Mudah-mudahan, kalau kita banyak bersyukur, kita akan dapat apa yang kita cita-citakan. Kesihatan adalah sangat berharga dan kita boleh ikhtiarkan dan selepas itu berserah kepada Allah SWT kerana kesihatan ini yang berusia 60 tahun ke atas kalau di negara yang sudah maju, jumlahnya ialah 17 hingga 18 peratus?
Kenapa di negara maju terutamanya di Jepun yang berusia lebih daripada 60 tahun ke atas mempunyai 16 hingga 20 peratus kenapa setengah-setengah negeri cuma 6 peratus sahaja. Ini bermakna ia menunjukkan kalau kita berusaha, Allah akan berikan perhatian.
Kalau jaga kesihatan, maka kita akan selamat. Tapi tawakal mestilah diiringi dengan usaha.
Hargailah kesihatan dan ikhtiarkanlah dengan cara-cara yang baik untuk kita memohon Allah sentiasa memberi Rahmat kepada kita.
Tan Sri Setiausaha Agung Kehormat mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Pasukan Koir PERKIM yang mempimpin lagu PERKIM dengan penuh semangat serta nampak makin berseri kerana berpakaian seragam dan kemas.
Beliau turut memikirkan satu pakaian seragam yang sesuai kepada kakitangan lain dengan tujuan untuk mendorong supaya rasa lebih komited antara satu sama lain.
Perhimpunan diakhiri dengan jamuan kepada pegawai dan kakitangan PERKIM.