USIA

Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA)
Latarbelakang UNITED SABAH ISLAMIC ASSOCIATION (USIA)
USIA atau United Sabah Islamic Association merupakan salah satu NGO atau Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan menjalankan dakwah Islamiah di Negeri Sabah. USIA telah memainkan peranan yang penting sebagai salah satu organisasi dakwah yang berusaha untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat Negeri Sabah khasnya. Penubuhan USIA untuk mengurus dan mentadbir Hal Ehwal Islam di Negeri Sabah sebelum MUIS ditubuhkan. USIA telah memainkan peranan yang penting dalam pengembangan Islam di Sabah.
Peranan ulama dan pertubuhan-pertubuhan serta persatuan-persatuan Islam di Sabah iaitu Persatuan Islam Putatan ( PIP ), Persatua Islam Tawau ( PIT ) dan Peratuan Islam Sabah ( PIS ) menyebarkan agama Islam kepada masyarakat Islam dan masyarakat Non Muslim di bandar dan luar bandar Sabah membolehkan mereka mengenali, memahami dan mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan serta membentuk sifat hormat menghormati antara satu kaum dengan kaum lain terutama dalam soal beragama.
Usaha dakwah Islamiah ini berterusan sejak abad ke-10M iaitu ketika kedatangan pedagang Arab ke kepulauan Sulu yang terletak tidak berapa jauh dari Sabah pada tahun 982M ( Datuk Jamdin Buyong, 2003: 185 ) hingga ke hari ini. Seperti yang dimaklumkan, tiga persatuan utama di awal dakwah Islamiah di Sabah iaitu Persatuan Islam Putatan ( PIP ) yang diasaskan oleh Datuk Hj Awang Sahari bin Abdul Latif dan rakan-rakannya, Persatuan Islam Tawau ( PIT ) yang diketuai oleh OKK Zainal Kerahu dan rakan-rakannya dan Persatuan Islam Sabah ( PIS ) yang dipimpin oleh YBhg. Datuk Hj Mohd Kassim bin Hj Hashim telah mengambil inisiatif untuk mengadakan perjumpaan dengan YAB Tun Datuk Hj Mustapha bin Datu Harun di tempat kediamannya di Tanjung Aru pada tahun 1968 untuk membincangkan masalah kedudukan umat Islam di Sabah (Datuk Hj Awang Sahari bin Abdul Latif: t.th:7-8).
Menurut Datuk Hj Awang Sahari dalam kertas kerja yang bertajuk Peranan USIA Dalam Membina Kepentingan Agama Islam di Sabah dan hasil dari perbincangan tersebut, ketiga-tiga pemimpin persatuan awal di Negeri Sabah telah mengambil kata sepakat bersedia untuk mengorbankan jawatan yang dipegang dalam persatuan masing demi mengutamakan kepentingan umat Islam Sabah dan membentuk sebuah persatuan Islam yang lebih besar dan kuat bagi menjamin kedudukan dan kepentingan umat Islam di Sabah. Ketiga-tiga pemimpin tersebut bersetuju memberi mandat kepada YAB Tun Datu Hj Mustapha bin Datu Harun untuk mengadakan satu Kongres Islam di Sabah.
Merujuk kepada kertas kerja yang ditulis oleh Datuk Hj Awang Sahari bin Abdul Latif ( t.th: 8-9 ), Kongres Islam yang pertama di Sabah adalah bertujuan untuk menubuhkan Persatuan Islam Seluruh Sabah atau United Sabah Islamic Association ( USIA ). Kongres selama dua hari ini telah diadakan pada 16 Ogos 1969.
Ia dipengerusikan oleh Tuan Hj Lokman Bin Musa iaitu Pengarah Pendidikan Sabah ketika itu. Setiap daerah di negeri Sabah masing-masing menghantar perwakilan untuk menghadiri kongres tersebut. Kongres Islam pertama ini telah mencapai beberapa keputusan yang membanggakan. Di mana nama persatuan yang dipilih ialah: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah dengan nama ringkasnya USIA ( United Sabah Islamic Association ). Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun dilantik sebagai Yang Dipertua Agung USIA yang pertama.
Seramai 17 orang ahli-ahli ADUN Sabah, 10 orang Pegawai Tinggi, 14 orang tokoh-tokoh masyarakat yang berpengaruh dilantik untuk menerajui Majlis Tertinggi USIA. Dalam masa enam bulan selepas penubuhan USIA, sebanyak 22 bahagian dan 376 cawangan USIA telah didaftarkan di seluruh Negeri Sabah. USIA dalam masa yang sama membentuk Jawatankuasa-jawatankuasa kecilnya untuk membolehkan USIA bergerak dengan lebih sistematik.
Jawatankuasa-jawatankuasa tersebut terdiri daripada Badan Kewangan, Badan Kebajikan, Badan Penerbitan, Badan Pelajaran, Badan Masjid, Badan Zakat Fitrah dan Badan Dakwah. Merujuk kepada penulis Muhiddin Yusin ( 1990 ) dalam bukunya Islam di Sabah, Kongres tersebut telah berjaya mewujudkan United Sabah Islamic Association ( USIA ) atau Persatuan Islam Seluruh Sabah dan telah didaftarkan pada 10 Oktober 1969 dan ibu pejabat pertamanya adalah sebuah kedai di Kg. Air, Kota Kinabalu.
YTM Tunku Abdul Rahman al-Haj kemudiannya telah merasmikan bangunan empat tingkat Ibu Pejabat USIA di Jalan Sembulan pada 30 Julai 1972 bersamaan 19 Jamadil Akhir 1392H. USIA kini mempunyai 23 bahagian di seluruh Negeri Sabah.
Matlamat penubuhan USIA merujuk Johari Hj. Alias ( 1977 ) adalah untuk menyatupadukan umat Islam di Sabah. Kedua, untuk merealisasikan kepentingan umat Islam dalam semua bidang agar tidak ketinggalan dalam arus arus semasa . Seterusnya ia bermatlamat untuk mewujudkan masyarakat yang sejati dan mempunyai akhlak budi pekerti yang tinggi. Selain daripada itu, ia juga bersedia menyediakan segala kemudahan untuk pengajian Islam dan memberi ilmu pengetahuan Islam kepada umat Islam di Negeri Sabah sebagai usaha untuk mengembangkan dakwah Islamiah. pada awalnya dalam menggerakkan usaha dakwah, USIA telah mengambil alih sebanyak 68 buah madrasah dan sekolah agama rakyat dengan mengambil tenaga pengajar dari Semenanjung Malaysia.
Walaupun keadaan sekolah dan madrasah tersebut belum teratur sistem pengajian dan sebagainya dan sebahagiannya masih menumpang di balai raya dan masjid-masjid. Ini jelas membuktikan USIA ditubuhkan untuk menjaga kepentingan umat Islam di Sabah terutamanya dalam bidang pendidikan, kebajikan dan ekonomi dan jua hal-hal berkaitan keagamaan ( Muhiddin Yusin: 1990 ).
Visi & Misi USIA
Sebagai sebuah organisasi, USIA mempunyai misi yang secara tidak langsung menggambarkan secara menyeluruh aktiviti serta perkhidmatan yang disediakan baik kepada ahlinya mahupun pada masyarakat Sabah umumnya. Berikut adalah misi dan visi organisasi dalam menyampaikan metod, risalah Dakwah Islamiah kepada masyarakat di negeri Sabah ( Najion Jamil 2010 ).
Visi USIA
i. Memelihara kepentingan-kepentingan agama Islam.
ii. Menanamkan kefahaman tauhid di kalangan umat Islam demi membentuk satu budi pekerti dan akhlak yang mulia.
iii. Menganjurkan dakwah Islamiah kepada segenap lapisan masyarakat di Negeri Sabah, berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.
iv. Menyediakan kemudahan pengajian dan pembelajaran Islam di seluruh Negeri Sabah.
v. Menentukan kepentingan dan hak masyarakat Islam di negeri ini, khasnya dan Malaysia amnya sentiasa terpelihara dalam mana-mana undang-undang dan amalan.
vi. Menjalankan kerja kebajikan dan amal jariah seperti sumbangan derma dan biasiswa/dermasiswa kepada orang-orang Islam yang memerlukan.
vii. Menyemai perasaan persaudaraan, muhibbah dan toleransi di kalangan sesama Islam dan di antara masyarakat Islam dan bukan Islam.
viii. Memperbaiki serta mempertingkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat Islam di negeri ini.
Misi USIA
1. Meningkatkan penglibatan umat Islam sebagai ahli USIA,
2. Mengukuhkan kedudukan USIA di mata segenap lapisan masyarakat, khususnya di Negeri Sabah dan Malaysia amnya.
3. Mempelbagaikan kegiatan sosiol terutama penglibatan generasi muda.
4. Memainkan peranan dalam arus perdana dakwah dan pengislahan umat dan Negara melalui penyebaran dakwah kepada semua golongan masyarakat serta berusaha meningkatkan penghayatan Islam di kalangan ‘Saudara Kita.
5. Meningkatkan kefahaman masyarakat bukan Islam di Negara ini terhadap Islam, disamping berazam untuk membangunkan Modal Insan yang menyeluruh melalui penjanaan sosio ekonomi umat serta pembinaan kemahiran teknologi maklumat serta komunikasi mutakhir.
OBJEKTIF USIA
USIA telah mengariskan beberapa objektif dalam mengembangkan syiar Islam di negeri Sabah, sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Pertubuhan Islam seluruh Sabah (USIA) :
1. Memelihara kepentingan-kepentingan Agama Islam.
2. Menanam kefahaman Tauhid kepada Allah dikalangan umat Islam demi membentuk satu budi pekerti dan akhlak yang mulia.
3. Menganjurkan Dakwah Islamiah kepada segenap lapisan masyarakat di Sabah ini berpandukan firman dan Hadis (Al-Quran dan Sunnah Rasul).
4. Menyediakan kemudahan-kemudahan pengajian dan pembelajaran Islam di seluruh Negeri Sabah.
5. Menentukan agar kepentingan-kepentingan dan hak-hak masyarakat Islam di Sabah khasnya dan Malaysia amnya terpelihara dalam mana-mana undang-undang dan amalan.
6. Menjalankan kerja-kerja kebajikan dan amal jariah pemberian derma, biasiswa atau dermasiswa kepada orang-orang Islam yang memerlukan bantuan tersebut.
7. Menyemaikan perasaan persaudaraan, muhibbah dan toleransi di kalangan sesama Islam dan di antara masyarakat Islam dan bukan Islam.
8. Memperbaiki dan meningkatkan taraf sosio ekonomi orang-orang Islam.
SENARAI AHLI MAJLIS TERTINGGI USIA BAGI SESI 2013-2015
PENGERUSI TETAP
YM. Ustaz Ismarah Haji Madcasar
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
YM. Tuan Haji Abd. Rahman Haji Lamudin
YANG DIPERTUA
Y.A.Bhg Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Sakaran Dandai
TIMBALAN YANG DIPERTUA
YM. Tuan Haji Abdul Hakim Gulam Hassan
Y.Bhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Ampong Haji Puyon
NAIB YANG DIPERTUA
YB. Dato’ Haji Mohammad Yusoff Haji Apdal
YB. Datuk Haji Datu Nasrun Datu Mansor
YA. Datuk Haji Aidi Haji Mokhtar
YM. Encik Lamsil Hamidsor
YB. Datuk Haji Sairin Haji Karno
YB. Datuk Seri Haji Nasir Tun Haji Sakaran
YM. Tuan Haji Mohd Ali @ Aliman Asmaran Datuk Seri Panglima Mohamed Omar Bledram
SETIAUSAHA AGUNG
Y.Bhg Datuk Hamzah Datuk Haji Mohd Zakaria
PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG
YM. Tuan Haji Matin Datuk Haji Imam Pandin
BENDAHARI AGUNG
Y.Bhg Datuk Haji Arshad Haji Idris
KETUA PENERANGAN
YB. Datuk Zakaria Mohd Edris
KETUA BELIA
YM. Encik Madaile Haji Basri
KETUA WANITA
YB. Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun
AHLI MAJLIS TERTINGGI
YB. Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad
Y.Bhg Prof Datuk Dr. Haji Mohd. Kasim Haji Mansor
YM. Encik Edul Haji Mulud
Y.Bhg Datuk Hajah Nooraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh
YM. Puan Hajah Nanih Abah
YM. Encik Jamawi Haji Jaafar
YH. Dato’ Sri Haji Jenar Haji Lamdah
YM. Tuan Haji Arsit Haji Sedi
YB. Datuk Haji Nilwan Kabang
YB. Datuk Haji Surady Kayong
YB. Datuk Haji Tawfiq Abu Bakar Titingan
YM. Ustaz Ismail Haji Bidin
YM. Tuan Haji Pengiran Saifuddin Pg. Tahir
YM. Puan Hajah Nursuhana Abdullah
Y.Bhg Datuk Haji Madlis Abd. Aziz
Y.Bhg Datuk Haji Alipuddin Haji Puyon
YM. Tuan Haji Selabi Mohamad
YM. Tuan Haji Kaipin Rosmin
Y.Bhg Datuk Haji Malaya Sibuku
YM. Ustaz Saiful Zaman Haji Sanggul
Y.Bhg Datuk Haji Abdullah Sibil
Y.Bhg Datuk Haji Abd. Latiff Kandok
Y.Bhg Datuk Haji Matussin Ag. Damit
YM. Encik Awang Haji Ibrahim
YM. Encik Yusof Said
YM. Encik Wasimin Haji Rashim
YM. Encik Jumain Haji Abd. Ghani
YM. Tuan Haji Uda Sulai
YM. Dr. Haji Mingu Haji Jumaan
Y.Bhg Datuk Haji Osman Haji Jamal
YM. Tuan Haji Suhaili Haji Harun