Tun Mahathir Pengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bil.2/61
oleh: SRZ
KUALA LUMPUR, 10 MAC 2023 – Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bilangan 2/61 bertempat di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, Jalan Sultan Azlan Shah di sini pada Jumaat.
Ia dihadiri seramai lebih 30 orang terdiri di kalangan Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM dari seluruh Malaysia.
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa dipimpin oleh Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Dato’ Haji Mohamad Nordin Ibrahim.
Tun Dr Mahathir dalam ucapannya berkata, kita perlu berusaha supaya orang Islam menjadi kaya demi menjalankan segala kegiatan dakwah Islamiah dan tidak hanya bergantung kepada peruntukan tertentu malah diperolehi daripada orang Islam sendiri.
Kita di Malaysia amat bernasib baik dan kita bersyukur kepada Allah SWT kerana negara kita jauh dari lingkaran gempa bumi, gunung berapi dan angin taufan.
“PERKIM turut bersimpati kepada negara Turkiye dan Syria yang mengalami bencana gempa bumi menyebabkan lebih 50,000 orang terkorban dan lebih 5.3 juta orang hilang tempat tinggal,” kata Tun Dr Mahathir.
Ujarnya, kita harus bersabar walaupun kita telah menghadapi musibah banjir di Johor.
Tambah beliau, kita perlu bersyukur dengan kurniaan Allah SWT kepada negara Malaysia dan PERKIM sekali lagi bersimpati kepada mereka yang terkorban di negara Turkiye dan Syria dalam menghadapi malapetaka yang luar biasa.
Tun Dr Mahathir turut meluluskan Minit Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bilangan 1/61 di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 26 Ogos 2022 lalu.
Manakala, Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor turut membentangkan laporan perkara-perkara berbangkit serta beberapa agenda dakwah, kebajikan dan pendidikan untuk diluluskan sekali gus dipersetujui oleh Ahli Majlis Kebangsaan.
Turut hadir ialah Timbalan Yang Dipertua PERKIM, YABhg Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abd. Halim; Naib Yang Dipertua PERKIM, YB Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim, YBhg Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, YBhg Tuan Haji Muhammad Fitri Abdullah, YBhg Prof Dr Ramle Abdullah; Timbalan Pengerusi Tetap, YBhg Tuan Haji Abd Ghafar Mamat serta Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM, YBhg Prof Madya Dr Nur’azah Dato’ Abdul Manaf, YBhg Dato’ Haji Hasbullah L. Isa, YBhg Dato’ Haji Ali Ab Majid, YBhg Prof Madya Dr Amin Malik Shah Abd Majid, YBhg Tuan Haji Mohamad Shaiful Bahri Abdullah, YBhg Dato’ Haji Khairi Hasan, YBhg Datin Paduka Hajah Norsiah Harun, YBhg Tan Sri Dato Sri (Dr) Sallehuddin Mohamed dan YBhg Dato’ Haji Dusuki Ahmad.
Mesyuarat turut membentang dan meluluskan draf Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kebangsaan (EXCO) Bilangan 2/2022 di Yayasan AlBukhary Kuala Lumpur pada 21 Oktober 2022 lalu dan draf Minit Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan Kali Ke-61 pada 18 Jun 2022 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi Selangor.
Bendahari Kehormat PERKIM, YBhg Dato’ Haji Abdul Hanif Harun turut membentangkan Penyata dan Laporan Kewangan Semasa bagi Tempoh 1 Januari hingga 28 Februari 2023.
Hadir sama, Pengerusi PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan, YBhg Dato’ Haji Mohd Nakhaie Haji Ahmad; Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Melaka, YBhg Dato’ Haji Abu Pit; Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Negeri Kedah, YBhg Tuan Haji Turedy Haji Abdullah; Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Negeri Kelantan, YBhg Tuan Haji Mohamed Nazir Che Ibrahim; Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Negeri Selangor, YBhg Tuan Haji Mohamed Ibrahim Haji Nar Hussain; Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Negeri Perak, Mahadzir Mohamad Razi; Setiausaha Kehormat Setiausaha Kehormat Wanita PERKIM Kebangsaan, YBhg Dato’ Hajah Maznah Dasmi; Setiausaha Kerja Pentadbiran dan Program PERKIM Kebangsaan, YBhg Tuan Haji Mamat Che Chik serta Pengarah Unit Aset dan Pembangunan PERKIM Kebangsaan, YBhg Dato’ Haji Ahmad Mustafa.