Tun Dr Mahathir Pengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Kebangsaan PERKIM
BANGI, 10 MEI 2025 – Mesyuarat Khas Majlis Kebangsaan untuk Urusan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan Kali Ke-64 telah berlangsung pagi tadi di Bangunan Akademik A, Tingkat 1, Bilik Syura Abu Bakar As-Siddiq, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), dekat sini.
Mesyuarat khas itu dihadiri seramai lebih 50 Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM.
Mesyuarat membuka tirainya dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.
Ia disusuli dengan ucapan pengerusi oleh Yang Dipertua PERKIM, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tun Dr Mahathir dalam ucapannya menekankan bahawa satu usaha perlu digerakkan bagi membiayai gerakan dakwah, kebajikan, dan pendidikan PERKIM.
Beliau mencadangkan agar ahli-ahli PERKIM di seluruh Malaysia menderma kepada PERKIM sebagai satu tuntutan agama seperti sedekah, wakaf tunai, atau infak ke jalan Allah.
Antara agenda penting mesyuarat termasuk pembentangan Kertas Taklimat Jawatankuasa Pemilihan Ahli Majlis Kebangsaan (AMK) bagi sesi 2025–2028 disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, YBhg Datuk Haji Mohd Nawawi Haji Ismail.
Selain itu, Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor membentangkan Laporan Tahunan 2024 sebagai persediaan untuk Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan Kali Ke-64 pada jam 10.40 pagi.
Bendahari Kehormat PERKIM, YBhg Dato’ Abdul Hanif Harun turut membentangkan akaun kewangan PERKIM Kebangsaan yang telah diaudit sehingga 31 Disember 2024 serta meluluskan anggaran pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun 2026.
Mesyuarat khas tersebut menjadi platform penting bagi memastikan perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM berjalan lancar, telus, dan memenuhi kehendak ahli serta perlembagaan PERKIM.
Turut hadir ialah Naib Yang Dipertua PERKIM, YB Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim, Tuan Haji Muhammad Fitri Abdullah, YBhg Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Prof Dr Ramle Abdullah; Ketua Wanita PERKIM Kebangsaan, YTM Tunku Puan Sri Dato’ Hajah Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj serta Timbalan Menteri Ekonomi merangkap Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Sarawak YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib.
Seusai mesyurat khas, diadakan sesi fotografi bersama Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM.

Mesyuarat Khas Majlis Kebangsaan untuk Urusan Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan Kali Ke-64 diadakan di ILIM, Bandar Baru Bangi.

Ahli Majlis Kebangsaan menyambut ketibaan Tun Yang Dipertua PERKIM.

Mesyuarat Khas mula bersidang.

Datuk Mohamad Nordin Ibrahim selaku Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM memimpin bacaan doa pembuka majlis.

Tun Yang Dipertua bersama Tan Sri Setiausaha Agung Kehormat dan Dato’ Bendahari Kehormat menadah tangan ketika doa dibaca.

Tun Dr Mahathir berkata bahawa satu usaha perlu digerakkan bagi membiayai gerakan dakwah PERKIM.

Tun Dr Mahathir mencadangkan agar ahli-ahli PERKIM di seluruh Malaysia menderma kepada PERKIM sebagai satu tuntutan sedekah.

Mesyuarat khas tersebut menjadi platform penting bagi memastikan perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM berjalan lancar.

Dr Mahathir mendengar pandangan daripada ahli mesyuarat.

Dr Mohd Yusof Noor membentangkan Laporan Tahunan 2024 kepada Ahli Majlis Kebangsaan.

Dato’ Abdul Hanif membentangkan akaun kewangan PERKIM Kebangsaan yang telah diaudit sehingga 31 Disember 2024.

Dato’ Dr Haji Nooh Gadot selaku Ahli Majlis Kebangsaan menyatakan pendapatnya kepada sidang mesyuarat.

Tuan Haji Muhammad Fitri Abdullah selaku Naib Yang Dipertua PERKIM menyatakan cadangan beliau di dalam mesyuarat.

Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM, Tan Sri Dr Ismail Ibrahim mengucapkan terima kasih di atas segala jasa dan bakti Tun Dr Mahathir di atas kepimpinan beliau menerajui PERKIM selama 19 tahun.

Naib Yang Dipertua PERKIM, YB Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim memberi cadangan di dalam mesyuarat tersebut.

Ketua Wanita PERKIM, Tunku Noor Hayati meminta agar PERKIM meneruskan visi dan misinya kepada mualaf dan kebajikan Islam seperti mana yang diwariskan oleh ayahandanya, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Ahli Majlis Kebangsaan mengambil kesempatan bergambar selepas selesai mesyuarat khas.



