Tun Dr Mahathir Pengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bil.2/62
BANGI, 29 JUN 2024 – Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan PERKIM Bilangan 2/62 bertempat di Hotel Tenera dekat sini pagi tadi.
Seramai lebih 50 orang hadir terdiri daripada Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM di mesyuarat tersebut.
Sebanyak 10 agenda dibentangkan di mesyuarat tersebut antaranya membentang dan meluluskan Minit Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bilangan 1/62 pada 30 April 2024 di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya; membentang Kertas Laporan Perkara-perkara Berbangkit serta membentang Penyata dan Laporan Kewangan Semasa Bagi Tempoh Sehingga 30 Disember 2023.
Selain itu mesyuarat turut membentang Laporan Tahunan 2023; membentang Akaun-akaun PERKIM Kebangsaan yang Telah Diaudit Berakhir pada 31 Disember 2023 serta membentang dan meluluskan Anggaran Belanjawan PERKIM Kebangsaan Bagi Tahun 2025.
Agenda seterusnya ialah meluluskan usul untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan Kali Ke-63 dan membentangkan kertas makluman Laporan Semasa Jawatankuasa Petugas Khas Task Force Institut Dakwah Islamiah Malaysia (IDIP) Kota Bharu, Kelantan serta membentangkan kertas makluman Pengaktifan Jawatankuasa Pemilihan Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM bagi sesi 2025 hingga 2028.
Turut hadir ialah Timbalan Yang Dipertua PERKIM, YABhg Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abd. Halim; Naib Yang Dipertua PERKIM, YBhg Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, YBhg Tuan Haji Muhammad Fitri Abdullah dan YBhg Prof Dr Ramle Abdullah; Ketua Wanita PERKIM Kebangsaan, YBhg Puan Sri Dato’ Hajah Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj; Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor; Bendahari Kehormat PERKIM, YBhg Dato’ Haji Abdul Hanif Harun serta Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Datuk Haji Mohamad Nordin Ibrahim.
Hadir sama Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM, YBhg Dr Nur’azah Dato’ Abdul Manaf, YBhg Dr Ann Wan Seng, YBhg Dato’ Haji Hasbullah L. Isa, YBhg Datuk Haji Ali Ab. Majid, YBhg Dato’ Kapt. (B) Haji Mohd Najmuddin Elias, YBhg Tuan Haji Hushim Haji Salleh, YBhg Prof Madya Dr Amin Malik Shah Abdul Majid, YBhg Tuan Haji Mohamad Shaiful Bahri Abdullah, YBhg Dato’ Sri Hasan Arifin, YBhg Dato’ Haji Khairi Hasan, YBhg Datin Paduka Hajah Norsiah Harun, YBhg Dato’ Haji Mohd Nawawi Ismail, YBhg Dato’ Haji Idris Abdullah, YBhg Datuk Mohamad Nordin Ibrahim serta Tokoh Agama PERKIM, YBhg Dato’ Dr Nooh Gadut dan YBhg Dato’ Haji Dusuki Ahmad.
Ketibaan Yang Dipertua PERKIM, YABhg Tun Dr Mahathir di perkarangan Hotel Tenera.
Tun Dr Mahathir duduk di ruangan menunggu sebelum hadir ke Mesyuarat Majlis Kebangsaan PERKIM.
Tun Dr Mahathir bersama kepimpinan PERKIM hadir di Mesyuarat Majlis Kebangsaan PERKIM Bil. 2/62.
Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Datuk Mohamad Nordin Ibrahim memimpin bacaan doa.
Kepimpinan PERKIM menadah tangan ketika doa dibacakan.
Dr Mahathir Mohamad mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bil.2/62.
Dr Yusof Noor membentangkan agenda mesyuarat.
Antara 50 Ahli Majlis Kebangsaan hadir bersidang di Mesyuarat Majlis Kebangsaan PERKIM.
Bendahari Kehormat PERKIM, YBhg Dato’ Haji Abdul Hanif Harun membentang akaun-akaun dan belanjawan PERKIM Kebangsaan kepada mesyuarat.
Antara Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM yang hadir di mesyuarat tersebut.
Ahli Majlis Kebangsaan, Dr Nur’azah Dato’ Abdul Manaf memberikan cadangan dan buah fikiran di dalam mesyuarat itu.
Ahli Majlis Kebangsaan turut menyampaikan cadangan dan pendapat mereka.
Antara projek cadangan Pembinaan Pusat Dakwah dan Dewan Serbaguna PERKIM Pulau Pinang dibentang oleh YBhg Prof Madya Dr Amin Malik Shah Abdul Majid.