Aktiviti Dakwah

Kunjungan Hormat Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Johor Ke PERKIM Kebangsaan

oleh: SRZ

KUALA LUMPUR, 14 MAC 2023 – Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor telah menerima kunjungan hormat Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Johor, YM Dato’ (Dr) Syed Ali Mohamed Al-Attas bertempat di Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, Jalan Sultan Azlan Shah pada pagi Selasa.

Kunjungan hormat dua hala ini adalah bertujuan untuk melihat sendiri dan bertukar pandangan serta idea bagi menggarap usaha dakwah, kebajikan dan pendidikan kepada mualaf di PERKIM Johor khususnya.

Kunjungan tersebut mendapat input-input yang segar bagi merancang serta menjalankan program serta aktiviti dakwah, kebajikan dan pendidikan kepada saudara baru.

Diharap pertemuan tersebut dapat mempergiatkan lagi program dan aktiviti kolaborasi di antara PERKIM Kebangsaan dan PERKIM Bahagian Negeri Johor menjelang tahun 2023.

Dr Yusof Noor berkesempatan menyampaikan senaskah Al-Quran Addeen terbitan Yang Dipertua PERKIM, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad serta sebuah buku ‘Coffee Table’ Warisan dan Wawasan 60 Tahun PERKIM kepada Dr Syed Ali.

Turut hadir ialah Bendahari Kehormat PERKIM, YBhg Dato’ Haji Abdul Hanif Harun dan Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Dato’ Haji Mohamad Nordin Ibrahim.


Dr Syed Ali (tengah) bertemu dengan pimpinan PERKIM Kebangsaan, Dr Yusof Noor (kanan) dan Dato Nordin (kiri).


Pimpinan PERKIM Kebangsaan menyambut mesra kehadiran Dr Syed Ali di Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan.


Dr Yusof Noor menunjukkan naskah Al-Quran Addeen terbitan Dr Mahathir Mohamad kepada Dr Syed Ali.


Dr Yusof Noor menyampaikan senaskah Al-Quran Addeen terbitan Dr Mahathir Mohamad kepada Dr Syed Ali sambil disaksikan oleh Dato’ Abdul Hanif dan Dato’ Nordin.


Dr Syed Ali menerima cenderahati buku ‘Coffee Table’ Warisan dan Wawasan 60 Tahun PERKIM daripada Dr Yusof Noor.

Related Articles

Back to top button