Berita PERKIM Bahagian & Cawangan

Skuad PERKIM Terengganu Ziarah Mualaf Dungun

DUNGUN, 9 NOVEMBER 2022 – Skuad Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Terengganu dengan kerjasama PERKIM Cawangan Dungun berkesempatan menziarahi dua buah rumah saudara baru yang mencari rezeki dengan perniagaan masing-masing.

Skuad PERKIM Terengganu memulakan misi ziarahnya ke rumah saudara baru, Fatimah Jamian, 44 tahun yang berasal dari Thailand.

Puan Fatimah berniaga di kedai makanan masakan Siam yang diberi nama Warung Pok Bie di Pengkalan Machang, di sini.

Antara menu utamanya ialah Som Tam, Mi Sup, masakan panas dan banyak lagi.

Dalam kunjungan tersebut, Pengerusi PERKIM Cawangan Dungun, YM Raja Ibrahim Raja Manis telah menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada Siti Rohani.

Skuad PERKIM Terengganu kemudiannya menziarahi saudara baru berketurunan India, Aeshah Begam.

Aeshah berniaga bersama suaminya Kassim dengan perniagaan makanan roti canai dan tosai setiap pagi di sekitar bandar Dungun.

Kini Aeshah memberikan tumpuan kepada jualan barangan sejuk beku dengan menjual roti canai frozen.

Aeshah turut menerima sumbangan barangan makanan seperti beras, biskut, kopi, sardin, susu, gula, teh, kopi, minyak dan lain-lain.

Turut hadir ialah Pegawai Eksekutif PERKIM Bahagian Negeri Terengganu, YBhg Tuan Haji Subri Jaafar; Setiausaha PERKIM Cawangan Dungun, YBrs Ustaz Muhammad Zaki Yusof dan Ahli Jawatankuasa PERKIM Cawangan Dungun, YBrs Ustaz Fadly Yusof dan Encik Che Wan Hamishan Che Wan Rani; Penolong Pegawai Kerja PERKIM Bahagian Negeri Terengganu, Rosnaliza Ahmadiah, Aishah Abdul Wahab serta Nurfadhilah Alias.

Ayuh bersama kita memberi sokongan untuk memajukan perniagaan beliau. Semoga Allah limpahkan rezeki dan keberkatan kepada saudara kita ini.


Raja Ibrahim (tiga dari kanan) bersama Skuad PERKIM Terengganu menyampaikan sumbangan makanan kepada Fatimah Jamian.


Skuad PERKIM Terengganu bersama Fatimah Jamian di Warung Pok Bie.


Skuad PERKIM Terengganu menziarahi rumah kedua, Aeshah Begam.


Aeshah Begam mengalu-alukan kehadiran Skuad PERKIM Terengganu.


Aishah Wahab dan Raja Ibrahim menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada Aeshah Begam.

Related Articles

Back to top button