Aktiviti Dakwah

Jemaah Surau PERKIM Laksana Solat Sunat Gerhana Bulan

oleh: SRZ

KUALA LUMPUR, 8 NOVEMBER 2022 – Surau PERKIM telah mengadakan Solat Sunat Gerhana Bulan selepas menunaikan solat fardu Maghrib di Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah, dekat sini.

Solat sunat tersebut telah dipimpin oleh Imam Surau PERKIM, YBhg Ustaz Haji Ahmad Muhammad Abdul Ghaffar bersama jemaah surau yang terdiri daripada saudara baru, kakitangan PERKIM, MAIWP dan orang ramai.

Sebelum solat Ustaz Ahmad menerangkan tatacara Solat Sunat Khusuf kepada jemaah iaitu ‘Sahaja aku solat sunat Gerhana Matahari dua rakaat makmum kerana Allah Taala.’

Solat ini dilakukan dua rakaat, mempunyai dua kali rukuk dan dua kali qiam di dalam satu rakaat.

Selesai solat sunat, Ustaz Ahmad memimpin khutbah bertajuk ‘Menginsafi Kekuasaan Allah’ dan berdoa.

Peristiwa yang berlaku pada hari ini memperlihatkan kepada kita semua akan kehebatan dan kekuasaan-Nya yang mutlak.

Peristiwa ini menarik perhatian jutaan manusia seluruh dunia untuk menyaksikan suatu fenomena alam yang ajaib dan bukti kekuasaan Allah SWT yang tiada tolak bandingnya.

Bagi umat Islam, peristiwa seumpama ini sebenarnya bagi memperteguhkan dan memantapkan lagi keimanan serta manjauhkan diri daripada lalai dan lupa kepada Pencipta iaitu Allah SWT.


Solat Sunat Khusuf dipimpin oleh Ustaz Ahmad.


Surau PERKIM melaksanakan Solat Sunat Gerhana Bulan.


Imam Surau PERKIM menyampaikan Khutbah Gerhana Bulan.


Ustaz Ahmad Muhammad menyampaikan khutbah bertajuk ‘Menginsafi Kekuasaan Allah‘.


Jemaah mengaminkan doa yang dibacakan oleh Imam Surau PERKIM.

Related Articles

Back to top button