Video
Jaulah Dakwah PERKIM Santuni Penduduk Kampung Cha Pa, Pergunungan Chiang Rai
๐๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ก ๐๐๐๐๐ก๐ ๐ฅ๐๐… ๐ญ๐ฎ๐ฌ๐๐ ๐ ๐๐ฅ๐๐๐๐ ๐๐จ๐ก๐จ๐ก๐, ๐ฆ๐๐ง๐จ ๐๐๐ช๐ ๐ ๐๐ก๐๐ ๐จ๐ ๐๐ฆ๐๐๐ 
Perjalanan hampir 3 jam melalui jalan berbukit, berlumpur dan berliku di pergunungan utara Thailand akhirnya membawa misi Jaulah Dakwah dan Korban 2026 ke Kampung Cha Pa, sebuah perkampungan etnik Muser berhampiran sempadan Thailand-Myanmar.
PERKIM Kebangsaan, Kumpulan Jom Buat Baik dan Madrasah Yayasan As-Siddiqin bukan sekadar membawa 160 pek makanan, 160 bungkusan daging lembu hadiah dan goodies bag untuk kanak-kanak.
Mereka membawa kasih sayang, persaudaraan dan sinar Islam kepada masyarakat pedalaman.

Detik paling menyentuh hati apabila seorang remaja etnik Muser, Chak Ehh, 18, dibimbing mengucapkan dua kalimah syahadah.
Lebih mengharukan, adiknya sendiri, Saifullah, 15, yang sedang menuntut di Madrasah Yayasan As-Siddiqin membantu menerangkan maksud syahadah dalam bahasa Muser kepada abangnya.
Dari sebuah kampung terpencil di puncak gunung, lahir satu kisah hidayah yang tidak ternilai.
Air mata kegembiraan, pertemuan semula anak-anak madrasah dengan keluarga mereka, serta senyuman penduduk yang menerima bantuan menjadi bukti bahawa dakwah melalui kebajikan mampu menyentuh hati manusia tanpa mengira bangsa dan agama.
Inilah dakwah. Inilah kasih sayang. Inilah perjuangan yang merentas sempadan.