Seminar Keluarga Bahagia Eratkan Pasangan Saudara Baru

Oleh: UMI MUSFIRAH ABDUL GHANI
11 OKTOBER – KUALA LUMPUR. Seramai 25 pasangan saudara baru yang berumah tangga menghadiri Seminar Keluarga Bahagia Saudara Muslim anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan dan Wanita PERKIM Kebangsaan bertempat di Hotel Tamu, Kampung Bharu.
Turut hadir ialah Pengarah Institut Dakwah Antarabangsa PERKIM Kuala Lumpur (IDIP-KL), YBhg Dr Suariza@Hidayah Muhammad, Timbalan Pengarah Unit Perancangan, Penyelarasan dan Pelaksanaan PERKIM, YBrs Ustaz Mohd Yusoff Ahmad, Ahli Majlis Wanita PERKIM Kebangsaan, YBhg Datin Hajah Mawanchik Che Jais, YBhg Datin Hajah Rohani, Ahli Majlis Wanita PERKIM Kebangsaan
Menurut penyelaras program, Siti Munirah Sayed Mohd Hamdan, program tersebut bermatlamat untuk melahirkan keluarga yang bahagia, sentiasa berkasih sayang, berdisiplin, bertanggungjawab dan beramal dengan kehidupan sebagai seorang yang beragama Islam.
Selain itu, pasangan diberi kefahaman tentang sistem kekeluargaan dalam Islam, mengetahui petua-petua bagi pasangan menyemai dan meningkatkan kasih saying bagi melahirkan rumah tangga yang bahagia.
Kata Munirah, pasangan juga diberi pengetahuan cara-cara berhadapan dan mengatasi konflik dalam rumahtangga dan diberi pendedahan hak-hak dan tanggungjawab setiap pasangan dalam sesebuah institusi keluarga.
Pasangan peserta akan menjadi lebih bertanggungjawab, bersabar, dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah.
Jels Munirah, seminar tersebut memberi langkah perjalanan saudara baru dan pasangannya ke perkahwinan suci selain memberikan semangat harapan dan tujuan untuk perkahwinan yang bahagia serta menjadi pasangan yang menyerah diri sepenuhnya kepada Allah SWT sekali gus melayari kehidupan berumah tangga dengan penuh kasih sayang.
Pengarah Pentadbiran dan Program PERKIM, YBhg Tuan Haji Mamat Che Chik sebelum berucap, beliau turut menyampaikan salam daripada Setiausaha Agung PERKIM Kebangsaan, YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor kepada peserta kerana tidak dapat bersama kerana mempunyai urusan kerja yang lain.
Menurut Haji Mamat, terdapat satu kajian daripada Universiti Harvard yang ditanyakan kepada pemuda-pemudi apakah matlamat hidup yang paling utama kepada mereka, 80 peratus ingin menjadi kaya dengan mengumpul harta manakala 50 peratus daripada mereka adalah ingin menjadi popular, terkenal dan masyhur.
Keluarga yang bahagia akan sentiasa bersama walau masa sihat atau sakit, maka lebih akrab, rapat dan mesra lagi hubungan silaturahim mereka.
Keluarga bahagia akan mempercayai pasangan masing-masing dan meredai apabila di antara mereka menghadapi kesakitan dan kesusahan atau sebaliknya.
Keluarga bahagia juga mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga, kawan-kawan dan masyarakat dia boleh lindungi mindanya dari sifat lupa berbanding yang kesunyian.
Tuan Haji Mamat turut memetik kata-kata daripada novelis dan penulis Amerika Syarikat Mark Twain : “Tidak ada waktu, begitu singkat adalah kehidupan, untuk pertengkaran, permintaan maaf, luka hati, panggilan untuk dihitung. Hanya ada masa untuk mencintai dan tetapi sekejap untuk itu.”
Rahsia Keluarga Bahagia merupakan tajuk ceramah sesi 1 yang disampaikan oleh Pengasas Darul Fawwaz, YBrs Ustazah Muzayyanah Abdullah.
Ia diikuti dengan ceramah bertajuk Keluarga Sihat dan Ceria disampaikan oleh Ahli Majlis Wanita PERKIM Kebangsaan, YBhg Datin Mawanchik Che Jais.
Pengerusi PERKIM Cawangan Klang merangkap Naib Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Selangor, YBhg Tuan Haji Hushim Haji Salleh menyampaikan tajuk Peranan dan Tanggungjawab Suami Isteri kepada peserta.
Pada keesokan harinya Haji Hushim menyambung ceramahnya dengann tajuk tajuk Motivasi Keibubapaan Cemerlang dan Pengurusan Kewangan Keluarga.
Turut diadakan permainan penampilan pasangan terbaik bersama peserta selain solat berjemaah dan kuliah selepas solat.
Majlis ucapan penggulungan juga disampaikan YBhg Tuan Haji Mamat Che Chik selaku Pengarah Pentadbiran dan Program PERKIM.
Jelas Haji Mamat, hampir 50 tahun yang lalu seorang ahli psikiatri, Thomas Hobbes ada menyenaraikan pengalaman-pengalaman manusia yang paling menyedihkan iaitu kematian pasangan, penceraian pasangan, berkahwin tetapi tinggal berasingan dan salah seorang pasangan dipenjara.
Kita tahu dari segi kepercayaan masyarakat moden, pencegahan lebih baik daripada mengubati. Kita di beri vaksin untuk mengubati polio, campak, strok dan sebagainya serta pelbagai kempen diusahakan untuk mencegah penyakit tersebut.
“Tetapi malangnya, pendapat saya tiada satu pun kempen secara besar-besaran untuk mengubati satu penyakit penceraian yang di alami oleh 30 peratus pasangan yang berkahwin dan pasangan berumah tangga di Malaysia,” kata Haji Mamat.
Tambahnya, mengikut statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar peratusan penceraian perkahwinan Islam di Malaysia ini semakin meningkat dari semasa ke semasa di mana penceraian di kalangan Muslim meningkat dari tahun 2018 iaitu 40,269 naik 1.4 peratus daripada tahun 2017 iaitu 39,709.
Manakala kadar peratusan penceraian perkahwinan bukan Islam di Malaysia menurun dari tahun 2017 iaitu 10,605 turun 4.9 peratus daripada tahun 2018 iaitu 10, 087.
Dari segi perkahwinan orang Islam bilangan berkahwin pada tahun 2017 sebanyak 147,282 kemudian meningkat sebanyak 2,816 perkahwinan pada tahun 2018 menjadikan 150,098.
Perkahwinan non-Muslim pula menurun sebanyak 344 perkahwinan pada tahun 2017 iaitu 56,459 dan berkurang pada tahun 2018 iaitu 56,155.
Jelas Haji Mamat, golongan yang berkahwin pada tahun 2018 umurnya sekitar 26 ke 28 tahun dan umur semasa mereka bercerai majoritinya sekitar 34 ke 37 tahun.
Sejarah di Malaysia, umur lelaki yang pernah bercerai paling tertua ialah 90 tahun dan pasangannya berusia 83 tahun.
Mengikut statistik ada lima sebab punca penceraian berlaku adalah disebabkan ketidak setiaan; masalah kewangan atau gagal memberi nafkah; penderaan fizikal dan mental; kurang komunikasi serta masalah seksual.
Pastikan ada rasa hormat dan berkongsi segala apa jua perkara di antara suami isteri sebelum mengambil sebarang keputusan.
Keboleh percayaan antara pasangan itu boleh dilihat apabila mereka saling melengkapi antara satu sama lain serta boleh saling menjaga pasangannya sekiranya pasangan mereka sakit atau terlantar dan mereka boleh bertahan dengan lebih lama.
Tuan Haji Mamat turut memesan supaya peserta membawa pulang ilmu rumah tangga yang bermanfaat dengan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.
Beliau merakamkan ucapan dan penghargaan terima kasih kepada penceramah undangan, penaja-penaja, urus setia PERKIM Kebangsaan dan Wanita PERKIM Kebangsaan yang bertungkus lumus memastikan kejayaan seminar serta peserta saudara baru dan pasangan.
Seminar berakhir dengan sesi fotografi dan jamuan makan tengah hari.
[youtube url=”https://www.youtube.com/watch?v=bZTREil9BGM&t=97s” width=”700″ height=”476″]
[youtube url=”https://www.youtube.com/watch?v=ue0KOdfxH9w&t=15s” width=”700″ height=”476″]
[youtube url=”https://www.youtube.com/watch?v=qx-eCb1l5cU&t=3s” width=”700″ height=”476″]
[youtube url=”https://www.youtube.com/watch?v=HnRvNrcDfMU&t=574s” width=”700″ height=”476″]
[youtube url=”https://www.youtube.com/watch?v=RKKJOS8EfLw” width=”700″ height=”476″]