Persidangan Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Cawangan Daerah Kuala Muda Kali Ke-25
SUNGAI PETANI, 21 JANUARI 2023 – Petubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Daerah Kuala Muda telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kali Ke-25 pada bertempat di Bilik Kuliah Muslimat, Masjid Al-Muttaqin Taman Ria dekat sini.
Mesyuarat yang dihadiri seramai 39 orang ahli itu telah dirasmikan oleh Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Negeri Kedah, YBhg Tuan Haji Turedy Abdullah.
Haji Turedy dalam ucapannya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli-ahli yang hadir ke mesyuarat kali ini.
Katanya, PERKIM Cawangan Daerah Kuala Muda masih mengharapkan sokongan bantuan dana dari pelbagai agensi atau individu untuk membaikpulih Rumah Transit PERKIM bagi kemudahan asnaf terutamanya mualaf yang amat memerlukan tempat perlindungan.
Turut dilancarkan di mesyuarat itu ialah Kad Ahli Seumur Hidup PERKIM Cawangan Daerah Kuala Muda.
Ahli Jawatankuasa PERKIM Cawangan Daerah Kuala Muda yang telah dipilih dan dilantik bagi tahun 2023 – 2024 ialah:
Pengerusi Tetap
Azizan Osman
Timbalan Pengerusi Tetap
YBhg Dato’ Dr Zahari Noor
Pengerusi
Ustaz Imron Kochem Ahmad
Naib Pengerusi
Ir. Mohd Khorie Abdul Majid
Setiausaha
Mohd Abdullah Saleh
Bendahari
YBhg Tuan Haji Abdul Raof Mohd Zain
Ahli Jawatankuasa
Ustaz Abdullah Yahya
Tuan Haji Isa Zakaria
Ustaz Mohamad Alif Yusri Mohamed Yusof
Juhana Halimah Joharo
Suriyani Hashim
Sesi pendaftaran Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Cawangan Daerah Kuala Muda di perkarangan Masjid Al-Muttaqin Taman Ria, Sungai Petani.
Persidangan Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Cawangan Daerah Kuala Muda Kali Ke-25 berlangsung.
Pelbagai agenda dan usul dibangkitkan di mesyuarat tersebut.
Turut diadakan pemilihan AJK PERKIM Cawangan Daerah Kuala Muda bagi tahun 2023-2024.
Imran Kochem (dua dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada perasmi, YBhg Tuan Haji Turedy Abdullah.
AJK Muslimat PERKIM Cawangan Daerah Kuala Muda bergambar di akhir mesyuarat agung.