Berita PERKIM Bahagian & Cawangan

PERKIM Terengganu Ziarah Sukarelawan Di HSNZ

oleh: AISYAH A WAHAB

KUALA TERENGGANU, 19 SEPTEMBER 2022 – Alhamdulillah baru-baru ini, tim ziarah PERKIM Bahagian Negeri Terengganu diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Haji Mohd Subri Jaafar kesempatan untuk menziarahi Saudara Wan Nur Muslim Wan Jusoh di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Saudara Wan Nur Muslim merupakan antara sukarelawan PERKIM yang aktif dan sentiasa berkorban masa menjayakan program dakwah dan kebajikan yang dijalankan.

Beliau telah dimasukkan ke HSNZ pada 10 September 2022 yang lalu kerana masalah kesihatan.

Semoga Saudara Wan Nur Muslim kembali sihat dan dapat menjalani kehidupan seharian seperti biasa.

Related Articles

Back to top button