Berita PERKIM Bahagian & Cawangan
PERKIM Bukit Damansara Sumbang 80 Hamper Makanan Untuk Kanak-Kanak
oleh: SAFIYYA NUR SAKEENA SALLEHUDDIN
PETALING JAYA, 21 SEPTEMBER 2022 – Seramai 80 kanak-kanak di Wad Pediatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menerima sumbangan hamper berbentuk makanan daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Bukit Damansara (PCBD).
Rombongan PCBD diketuai oleh Setiausaha PCBD, Muhammad Farhan Tee Abdullah dan ahli-ahlinya Safiyya Nur Sakeena Sallehuddin, Jamilatun Noor Hashim @ Hamid, Mua’lish Shah Mohd Anuar dan Muhammad Alif Haiqal Nor Haslan.
Kunjungan daripada PCBD disambut mesra oleh Pegawai Perhubungan Korporat PPUM, Mohd Na’imullah Zul Ami dan beberapa jururawat yang bertugas menjaga kanak-kanak di wad tersebut.
Pihak PPUM turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada PCBD di atas kesudian memberikan sumbangan sekali gus menggembirakan 80 kanak-kanak.

