PERKIM Terengganu Ziarah Kelahiran Cahaya Mata Orang Asli
Skuad Ziarah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Terengganu telah berkesempatan menziarahi lima ibu muda yang baru sahaja menimang cahaya mata di Perkampungan Orang Asli Sungai Berua, Hulu Terengganu baru-baru ini.
Ziarah keprihatinan itu diketuai Penolong Setiausaha PERKIM Bahagian Negeri Terengganu, Puan Hajah Robiah Ismail bersama urus setia PERKIM Bahagian Negeri Terengganu serta ditemani oleh Penggerak Masyarakat Orang Asli JAKIM Kampung Sungai Berua, Ustazah Rosnani Othman.
Sumbangan dalam bentuk barangan keperluan bayi dan makanan kering diagihkan kepada kelima-lima ibu terbabit.
PERKIM Terengganu merakamkan ucapan tahniah kepada kelima-lima ibu dan pasangan masing-masing atas kelahiran cahaya mata.
Semoga anak-anak mereka membesar dengan sihat serta membawa sinar kebahagiaan kepada mereka.
“Semoga Allah memberkatimu dengan anugerah yang dikurniakan kepadamu, agar engkau mensyukuri Sang Maha Pemberi, semoga anak ini membesar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya, dan agar engkau direzekikan dengan anak itu berbuat baik kepada ibu bapanya.”