Berita PERKIM Bahagian & Cawangan

PERKIM Terengganu Santuni Saudara Kita, Aisyah Abdullah

oleh: AISYAH A WAHAB
KUALA BERANG, 14 SEPTEMBER 2022 – Dalam siri ziarah baru-baru ini, tim ziarah PERKIM Bahagian Negeri Terengganu dengan kerjasama PERKIM Cawangan Kuala Berang telah menyantuni Saudari Kita, Aisyah Abdullah di Kampung Langgar dekat sini.

Aisyah, 42 tahun merupakan saudari kita yang berasal dari Thailand. Alhamdulillah, beliau telah menerima hidayah pada tahun 1994 dan beliau telah mendirikan rumahtangga dengan warga tempatan.

Aktiviti ziarah tersebut diketuai oleh Pengerusi PERKIM Cawangan Kuala Berang, Ustaz Haji Samsudin Drahman.
Sumbangan barangan makanan dihulur sebagai tanda prihatin PERKIM kepada Saudari Kita.

Pihak PERKIM mendoakan semoga segala urusan Aisyah dan keluarga dipermudahkan oleh Allah SWT. Terima kasih menerima kunjungan kami.

Related Articles

Back to top button