Berita PERKIM Bahagian & Cawangan

Seminar Strategi Pembangunan Modal Insan Keluarga Mualaf

oleh: ZAFRI ISMAISKANDAR ABD GHANI

SEREMBAN, 11 SEPTEMBER 2022 – PERKIM Cawangan Daerah Seremban telah menganjurkan Program Seminar Strategi Pembangunan Modal Insan Keluarga Mualaf  bertempat di Palm Hotel Seremban pada 10 hingga 11 September 2022 dekat sini.
Seminar tersebut mendapat kerjasama ADUN Kawasan Ampangan menghimpunkan 50 pasangan mualaf yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Cina, India, Bidayuh, Kadazan dan lain-lain.

Ia juga mendapat kerjasama strategik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam pengisian dan penyampaian modul yang diketuai oleh Prof Madya Dr Haslina Ibrahim.
Selain itu, seminar itu mendapat kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Yayasan Taqwa dan lima buah rakan badan bukan kerajaan (NGO) lain.
Tuan Aslam Nawabdin selaku Pengerusi PERKIM Cawangan Seremban merangkap Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Negeri Sembilan berkata, matlamat program ini adalah untuk membantu pasangan mualaf mempertingkatkan kualiti diri serta keluarga dalam enam teras utama antaranya pendidikan, sosiobudaya, psikologi dan emosi, hal ehwal agama, syariah dan perundangan serta ekonomi.
Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Dato’ Dr Mohamad Rafie bin Ab. Malek, ADUN Kawasan Ampangan secara lintas langsung (maya) yang bersiaran dari Singapura.
Hampir keseluruhan perbelanjaan seminar tersebut merupakan tajaan daripada ADUN Kawasan Ampangan.
Beliau berharap agar program ini dapat diteruskan hingga di peringkat kebangsaan.Di akhir majlis, para penganjur dan peserta bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang bersempena Sambutan Hari Malaysia bakal berlangsung pada 16 September kelak.

Related Articles

Back to top button