Berita PERKIM Bahagian & Cawangan

PERKIM Terengganu Santuni Kaum Tionghua Sempena Tahun Baharu Cina

KUALA TERENGGANU, 19 JANUARI 2023 – Dengan objektif menonjolkan sikap keprihatinan dan juga kebersamaan dalam masyarakat, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Terengganu mengambil inisiatif berkunjung ke rumah-rumah masyarakat non-Muslim berketurunan Tionghua bersempena Tahun Baharu Cina di sekitar Taman Padang Midin dekat sini.

Menurut Pegawai Eksekutif PERKIM Bahagian Negeri Terengganu, YBhg Tuan Haji Subri Jaafar,  rombongan ziarah membawa sumbangan hamper makanan difokuskan untuk diberikan kepada rumah warga tua, ibu tunggal dan juga yang kurang berkemampuan.

Kunjungan itu diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan PERKIM Terengganu, YBhg Ustaz Haji Musammeh Jusoh dan Penolong Setiausaha PERKIM Terengganu, Robiah Ismail.

Turut serta Skuad Ziarah PERKIM Terengganu, Rosnaliza Ahmadiah, Aishah Abd Wahab dan Nur Fadhilah Alias.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Taman Padang Midin, Tuan Haji Abdul Rasid Muda turut menyertai sebagai pemudahcara penunjuk arah rumah yang berkenaan.

Jelas Subri lagi, warga emas yang dikunjungi cukup teruja dengan kehadiran rombongan PERKIM dan berasa gembira ketika melayani mereka bercerita dengan penuh ramah mesra dalam menantikan saat-saat kepulangan anak-anak untuk beraya bersama.

Warga PERKIM Terengganu turut mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina 2023 kepada penduduk kampung yang diziarahi mereka.


Ustaz Musammeh (kanan) menyampaikan sumbangan hamper kepada penduduk Taman Padang Midin.


Rombongan ziarah berpakaian merah meraikan Tahun Baharu Cina ketika menziarahi penduduk Taman Padang Midin.


Kemesraan yang jelas kelihatan ketika Robiah (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan hamper bersama skuad ziarah.


Penduduk Taman Padang Midin menerima sumbangan hamper daripada Robiah dan Skuad Ziarah PERKIM Terengganu.


Abdul Rasid (kanan) selaku penunjuk arah Taman Padang Midin tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama penduduk setempat ketika penyampaian sumbangan.


Penduduk Taman Padang Midin menerima sumbangan hamper Tahun Baharu Cina daripada Ustaz Musammeh.


Robiah turut menyampaikan sumbangan hamper Tahun Baharu Cina kepada pemuda Cina.


Wanita berketurunan Tionghua menerima sumbangan hamper daripada Skuad Ziarah PERKIM Terengganu.


Skuad Ziarah PERKIM Terengganu menyampaikan sumbangan kepada warga emas sempena Tahun Baharu Cina.

Related Articles

Back to top button