Berita PERKIM Bahagian & Cawangan

50 Saudara Baru PERKIM Besut Ditaja Buka Akaun Tabung Haji

BESUT, 18 JANUARI 2023 – Seramai 50 orang saudara baru Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Besut telah menyertai Program Buka Akaun Tabung Haji Saudara Baru bertempat di Pusat Ehsan PERKIM Cawangan Besut, Pinggiran Air Tawar dekat sini.

50 saudara baru terdiri daripada warga negara Malaysia berketurunan Cina, India, Bidayuh dan Kadazan menyertai pembukaan akaun itu.

Menurut Pengerusi PERKIM Cawangan Besut, YBhg Ustaz Anuar Hasan, program tajaan Lembaga Tabung Haji Cawangan Jerteh itu diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada saudara baru yang masih lagi belum mempunyai akaun simpanan Tabung Haji.

“Tabung Haji bukan sahaja untuk menguruskan pemergian jemaah Haji ke Tanah Suci, malah ia juga berfungsi sebagai suatu badan alternatif kepada umat Islam Malaysia untuk menyimpan wang sambil melabur secara halal dan mengikut lunas-lunas Islam.

“Ia secara tidak langsung membolehkan orang-orang Islam melalui wang simpanan mereka mengambil bahagian yang lebih berkesan di bidang penanaman modal melalui cara yang halal di sisi Islam.

“Penyertaan pembukaan akaun tersebut bukan sahaja diberikan hanya kepada saudara baru, malah pasangan dan anak-anak mereka turut tersedia.

“Di samping itu, Tabung Haji Cawangan Jerteh turut menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada setiap keluarga pendeposit Tabung Haji.

“Saya merakamkan setinggi tinggi kepada pihak pengurusan yang ketuai oleh Pengurus Tabung Haji Cawangan Jertih, Azmi Salleh bersama pegawai-pegawai bagi menjayakan program bersama PERKIM Besut hari ini,” kata Anuar.


Anuar (bersongkok) melihat proses pembukaan akaun saudara baru oleh pihak Tabung Haji Jerteh.


Pasangan saudara baru turut diberi peluang untuk membuka akaun Tabung Haji.


Anak-anak saudara baru turut tidak terkecuali untuk membuka akaun Tabung Haji.


Azmi Salleh (tengah) menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada saudara baru.


Anuar (kanan) bersama Azmi Salleh (tengah) menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada mualaf.


Saudara baru menerima sumbangan barangan dapur daripada Pengurus Tabung Haji Cawangan Jerteh.


Mualaf menerima sumbangan barangan dapur setelah membuka akaun simpanan Tabung Haji.

Related Articles

Back to top button