Berita PERKIM Bahagian & Cawangan

PERKIM Terengganu Korban 2 Lembu Pada Siri Pertama

KUALA TERENGGANU, 29 Jun 2023 – Petugas Program Qurban Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Terengganu telah berjaya menumbangkan dua ekor lembu qurban pada siri pertama pada pagi ini.

Proses gotong-royong memotong, melapah, menimbang dan mengedar daging korban diadakan bertempat Pejabat PERKIM Terengganu, Kompleks MDM Telaga Mengkudu

Program itu mendapat kerjasama PERKIM Cawangan Marang itu telah melibatkan empat kakitangan PERKIM dan juga beberapa orang sukarelawan.

Pada hari esok juga akan berlangsung Program Qurban dan Aqiqah PERKIM Terengganu Bersama Saudara Kita, Asnaf dan Sahabat PERKIM di tempat yang sama.

Turut bersama ialah, Pegawai Eksekutif PERKIM Bahagian Negeri Terengganu, Tuan Haji Mohd Subri Jaafar.

Related Articles

Back to top button