Berita PERKIM Bahagian & Cawangan

PERKIM Selangor Anjur Sambutan Maulidur Rasul

oleh: MOHD YUSOFF AHMAD

SHAH ALAM, 20 OKTOBER 2022 – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Selangor (PBNS) telah mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PBNS serta Sambutan Maulidur Rasul SAW bertempat di Kompleks PERKIM Selangor baru-baru ini.

Mesyuarat AJK PBNS telah dipengerusikan oleh Pengerusi PBNS, YBhg Ustaz Haji Muhammad Fitri Abdullah.

Program diikuti dengan penyampaian ceramah bertajuk Memperkenalkan dan Mempertahankan Rasullullah SAW disampaikan oleh Pengerusi Interaktif Dakwah dan Tarbiyah (IDT), Saudara Lim Jooi Soon.

Majlis dihadiri seramai 200 orang terdiri daripada Ahli PERKIM Cawangan seluruh Negeri Selangor.

Turut diadakan forum dengan bertajuk Mencintai dan Memperkenalkan Rasul SAW kepada Masyarakat yang dipengerusikan oleh Setiausaha PBNS, YBhg Tuan Haji Ibrahim Nar Hussain dan barisan panelnya ialah Pendakwah Bebas, Ustaz Ahmad Shukri Yusof serta Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Selangor, Ustaz Syafiq Raffiqin Liow Liow For Sen.

Di akhir forum, pihak PBNS telah menyampaikan tiga anugerah sempena sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat PBNS.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Pengerusi PBNS, YBhg Ustaz Haji Muhammad Fitri Abdullah kepada penerima Anugerah Maulidur Rasul PBNS 1444H.

YBhg Dato’ Haji Mohd Mokhtar Shafii telah menerima Anugerah Ikon PBNS manakala Anugerah Cawangan Terbaik PBNS telah diterima oleh YBhg Tuan Haji Hashim Haji Salleh dari PERKIM Cawangan Klang dan Anugerah PERKIM Peringkat Negeri Selangor diberikan kepada PERKIM Cawangan Bandar Tasik Puteri.


Lim Jooi Soon menyampaikan ceramah bertajuk Memperkenalkan dan Mempertahankan Rasullullah SAW.


(Dari kiri:) Shafiq Raffiqin, Haji Ibrahim dan Ahmad Shukri menjayakan forum sempena Maulidur Rasul.


Anugerah Ikon Maulidur Rasul PBNS diterima oleh Mokhtar Shafii.


Penerima mengambil Anugerah Cawangan Terbaik PBNS mewakili YBhg Tuan Haji Hushim Haji Salleh.


Ahli PERKIM Cawangan Bandar Tasik Puteri menerima Anugerah PERKIM Peringkat Negeri Selangor.

 
Tetamu kehormat bersama barisan PERKIM Cawangan seluruh Negeri Selangor merakamkan kenangan di akhir majlis.

Related Articles

Back to top button