Pengumuman
Penamatan Kebenaran Khas Diri Solat Jumaat Di Surau PERKIM
Sukacita dimaklumkan, bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA), telah memperkenankan kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pelaksanaan solat berjemaah dan aktiviti pengimarahan di masjid dan surau Wilayah-Wilayah Persekutuan termasuk pemansuhan penjarakan fizikal antara jemaah dalam semua keadaan di masjid dan surau mulai 2 Mei 2022, manakala pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan mulai 30 September 2022.
Sehubungan itu, atas faktor fasa pendemik COVID-19 telah berakhir, maka Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan juga telah bersetuju supaya kebenaran khas mendirikan solat Jumaat di Surau-surau dan Dewan-dewan serbaguna ditamatkan – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Oleh yang demikian, Jawatankuasa Surau PERKIM telah akur dengan perintah tersebut untuk tidak mendirikan solat Jumaat di Surau PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah Kuala Lumpur mulai esok, 21 Oktober 2022.
Penyewa-penyewa Muslim yang terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta serta orang ramai hendaklah menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau Jumaat yang telah ditetapkan oleh JAWI.