Aktiviti Dakwah

Tun M Pengerusikan Mesyuarat EXCO PERKIM

KUALA LUMPUR, 21 OKTOBER 2022 – Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kebangsaan (EXCO) Bil. 2/2022 bertempat di Yayasan Al-Bukhari, Jalan Perdana pagi tadi.

Mesyuarat membincangkan halatuju dakwah, kebajikan, pendidikan dan kerjasama PERKIM bagi penggal 2022 hingga 2025.

Turut hadir ialah Naib Yang Dipertua PERKIM, YB Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim, YBhg Tuan Haji Muhammad Fitri Abdullah, YBhg Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, YTM Tunku Puan Sri Dato’ Hajah Noor Hayati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Hadir sama, Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor; Bendahari Kehormat PERKIM, YBhg Dato’ Haji Abdul Hanif Harun; Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, Setiausaha Kerja Pentadbiran dan Program PERKIM Kebangsaan, YBhg Tuan Haji Mamat Che Chik; Setiausaha Kerja Bahagian dan Cawangan PERKIM Kebangsaan, Zulkefli Arifin; Pengarah Unit Pembangunan dan Aset PERKIM Kebangsaan, YBhg Dato’ Haji Ahmad Mustafa serta Penyelaras Unit Penerbitan dan Media Baru, Firdaus Lokman Tah.


Ketibaan Yang Dipertua PERKIM, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad ke bilik mesyuarat.


Dr Mahathir mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kebangsaan Bil.2/2022.


Antara Naib Yang Dipertua yang menghadiri Mesyuarat EXCO PERKIM.


Sokongan dan persetujuan Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM di dalam pembentangan mesyuarat.


Perbincangan untuk mendapat persetujuan dan permuafakatan di antara ahli mesyuarat.


Dr Mahathir menjawab segala pandangan dan cadangan dari ahli mesyuarat.


Pelbagai cetusan idea dan buah fikiran serta pandangan dari Naib Yang Dipertua PERKIM.


Kesepakatan…Ahli Mesyuarat EXCO PERKIM menunjukkan isyarat bagus menandakan persetujuan dan permuafakan di antara Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM.

Related Articles

Back to top button