PERKIM Raikan Kecemerlangan Pelajar KPIPK 2024, Angkat Ilmu Sebagai Teras Kegemilangan
ᵒˡᵉʰ: ᴹᴼᴴᴰ. ˢʸᴬᴴᴿᴵᴸ ᴿᴼˢᴰᴵ ᴬᴴᴹᴬᴰ ᶻᴬᴴᵁᴰᴵ
𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑, 𝟑𝟎 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 – Majlis Anugerah Pelajar dan Aktiviti Cemerlang Kelas Pengajian Islam Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan (KPIPK) 2024 berlangsung meriah di Dewan Seminar, Aras 1, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah, pagi tadi dengan kehadiran lebih 150 orang pelajar.
Pelajar KPIPK terdiri daripada saudara baharu berketurunan Cina, India, Sikh, Iban, Bidayuh, Melanau, Murut dan warga negara daripada Filipina, Kemboja, Indonesia dan Myanmar.
Majlis anjuran PERKIM Kebangsaan itu membuka tirai dengan ucapan aluan pengerusi majlis, Ustaz Muhammad Farhan Tee Abdullah.
Menurut 𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐉𝐚𝐢𝐬 𝐌𝐚𝐫𝐢𝐚𝐩𝐩𝐚𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 yang juga selaku 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐚𝐫𝐚𝐬 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦, penganjuran majlis ini menjadi agenda tahunan bagi mengiktiraf kecemerlangan pelajar KPIPK dalam bidang akademik dan aktiviti Islam.
Tambahnya, anugerah disusun mengikut enam tahap pengajian iaitu Pra Asas, Asas, Pertengahan, Lanjutan, Tahsin dan Al-Quran berpandukan penilaian peperiksaan KPIPK 2024.
Pengiktirafan turut diberikan kepada peserta yang menyerlah dalam pertandingan Tilawah al-Quran, Hafazan, Laungan Azan dan Kuiz Pengetahuan Islam.
Malah, tenaga pengajar juga diraikan melalui penyampaian Anugerah Guru Cemerlang 2024.
Majlis perasmian disempurnakan oleh 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐀𝐠𝐮𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌, 𝐘𝐁𝐡𝐠 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐃𝐫. 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐌𝐚𝐫𝐳𝐮𝐤𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐎𝐦𝐚𝐫 yang menzahirkan rasa syukur atas kejayaan menganjurkan majlis penuh bermakna ini.
Dato’ Dr Marzuki dalam ucapannya menyatakan bahawa kehadiran saudara baharu dalam program PERKIM mencerminkan kesungguhan organisasi tersebut memperkukuh dakwah serta pendidikan Islam di negara ini.
Dalam ucapannya, beliau menyingkap sejarah kegemilangan Islam yang pernah menguasai tamadun dunia namun merosot apabila umatnya meninggalkan ilmu. Sebaliknya, Barat yang menimba ilmu daripada Islam berjaya bangkit dan menguasai dunia.
Katanya, hanya dengan menguasai ilmu pengetahuan, umat Islam mampu mengembalikan kegemilangan lampau.
Beliau turut berkongsi pengalaman misi dakwahnya selaku Setiausaha Agung Kehormat Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) di negara-negara serantau serta kepulauan Pasifik.
Malaysia, ujarnya, diiktiraf sebagai negara Islam yang maju berbanding banyak negara lain dan mempunyai tanggungjawab moral membantu mereka dalam pendidikan, prasarana dan kebajikan asas.
Dato’ Dr. Marzuki turut menekankan bahawa Islam adalah agama kesejahteraan yang indah, antaranya melalui lafaz salam yang membawa maksud kesejahteraan sejagat.
Beliau menegaskan bahawa pelajar yang dibimbing hari ini merupakan bakal pemimpin masa depan sama ada dalam kerajaan, institusi agama atau masyarakat, jesteru ilmu adalah kunci utama untuk melahirkan generasi berwibawa.
“Dengan sokongan para guru dan pendidik, saya yakin generasi muda Islam di Malaysia mampu menjadi pemimpin yang berkaliber dan mengangkat martabat agama, bangsa serta negara pada masa hadapan,” ujar beliau mengakhiri ucapannya.
Dato’ Dr Marzuki kemudiannya diiringi Ketua Pegawai Eksekutif PERKIM Kebangsaan, YBhg. Dr. Suariza @ Hidayah Muhammad dan Eksekutif Kanan Dakwah PERKIM Kebangsaan, YBhg. Dato’ Haji Razali Haji Shahabudin menyampaikan anugerah kepada para penerima.
Setiap pelajar menerima sijil anugerah, trofi dan saguhati sebagai tanda penghargaan.
Antara penerima Anugerah Pelajar Cemerlang ialah Muhammad Aiman Stephen (Pra Asas), Amira Abdullah (Asas), Muhammad Yusof Kalidas (Pertengahan), Erna Uluk Abdullah (Lanjutan), Wani Soleha Abdullah (Tahsin) dan Nur Aliyah Pingo (Al-Quran).
Bagi kategori aktiviti cemerlang, Muhammad Eman Daniel muncul johan Laungan Azan, Muhammad Yusof Kalidas menjuarai Kuiz Pengetahuan Islam, Nur Aliyah Pingo menduduki tempat pertama Hafazan al-Quran manakala Muhammad Johnson Gantinus dan Fauziah Ibrahim dinobatkan sebagai johan Tilawah al-Quran bagi kategori mualaf dan Muslim asal.
Turut diraikan ialah enam penerima Anugerah Guru Cemerlang termasuk Ustazah Umi Musfirah Abdul Ghani (Pra Asas), Ustazah Umie Zaiton Junoh (Asas), Ustaz Mohd Jogi Panjaitan Maruli (Pertengahan), Ustaz Muhammad Jais Mariappan Abdullah (Lanjutan), Ustaz Muhammad Farhan Tee Abdullah (Tahsin) dan Ustazah Zaimiah Abdul Karim (Umum).
Dato’ Dr Marzuki turut menyampaikan sumbangan ehsan kepada Penolong Eksekutif Pentadbiran PERKIM Kebangsaan, Hashimah Hashim di atas pemergian suaminya yang tercinta, Allahyarham Abdul Halim Mohd Selat yang telah pergi ke rahmatullah pada 14 September lalu.
Majlis berakhir dengan penyerahan Surat Pelantikan Eksekutif PERKIM disampaikan oleh Dato’ Dr Marzuki kepada Dr Suariza disusuli dengan sesi fotografi kenangan serta jamuan makan tengah hari bersama semua tetamu dan pelajar.
Ustaz Farhan Tee mengacarakan Majlis Anugerah Pelajar dan Aktiviti Cemerlang KPIPK 2024 di Bangunan PERKIM.
Kepimpinan PERKIM berdiri hormat bagi menyanyikan lagu Negaraku dan PERKIM Pacu Kemajuan.
Ustaz Jais Mariappan memimpin doa pembuka majlis.
Pelajar dan penerima anugerah menadah tangan ketika doa dibacakan.
Barisan kepimpinan PERKIM mengaminkan doa yang dibacakan.
Dato’ Dr Marzuki menyampaikan ucapan amanat pada majlis anugerah tersebut.
Saudara baharu mendengar amanat yang disampaikan.
Dato’ Dr Marzuki berkata, pelajar dan penerima anugerah KPIPK mencerminkan kesungguhan organisasi tersebut memperkukuh dakwah serta pendidikan Islam di negara ini.
Antara penerima anugerah yang hadir di majlis tersebut.
Dato’ Dr Marzuki menekankan bahawa Islam adalah agama kesejahteraan yang indah, antaranya melalui lafaz salam yang membawa maksud kesejahteraan sejagat.
Tekun..penerima anugerah KPIPK mendengar ucapan amanat yang disampaikan.
Dato’ Dr Marzuki menegaskan bahawa dengan menguasai ilmu pengetahuan, umat Islam mampu mengembalikan kegemilangan lampau.
Muhammad Aiman Stephen menerima sijil, trofi dan saguhati Anugerah Pelajar Cemerlang KPIPK 2024 tahap pra asas daripada Dato’ Dr Marzuki.
Dato’ Dr Marzuki menyampaikan sijil, trofi dan saguhati kepada Amira Abdullah selaku penerima Anugerah Pelajar Cemerlang KPIPK 2024 tahap asas.
Muhammad Yusof Kalidas menerima Anugerah Pelajar Cemerlang KPIPK 2024 tahap pertengahan yang membawa pulang sijil anugerah, trofi dan saguhati.
Dato’ Setiausaha Agung Kehormat PERKIM menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang tahap lanjutan kepada Erna Uluk Abdullah.
Wani Soleha Abdullah menerima Anugerah Pelajar Cemerlang KPIPK 2024 tahap tahsin daripada Dato’ Dr Marzuki.
Dato’ Dr Marzuki menyampaikan sijil, trofi dan saguhati kepada Nur Aliyah Pingo selaku penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Al-Quran KPIPK 2024.
Dato’ Dr Marzuki menyampaikan trofi, sijil dan saguhati kepada Muhammad Eman Daniel yang muncul johan laungan azan.
Muhammad Yusof Kalidas menerima trofi, sijil dan saguhati daripada Dato’ Dr Marzuki dalam menjuarai kuiz pengetahuan Islam.
Muhammad Johnson Gantinus menerima trofi, sijil dan saguhati sebagai johan Tilawah al-Quran bagi kategori mualaf daripada Dato’ Dr Marzuki.
Dato’ Dr Marzuki menyampaikan trofi, sijil dan saguhati kepada johan Tilawah al-Quran bagi kategori Muslim asal kepada Fauziah Ibrahim.
Ustazah Umi Musfirah menerima Anugerah Guru Cemerlang KPIPK 2024 tahap pra asas daripada Dato Dr Marzuki.
Dato’ Dr Marzuki menyampaikan Anugerah Guru Cemerlang tahap asas kepada Ustazah Umie Zaiton.
Ustaz Jogi menerima Anugerah Guru Cemerlang tahap pertengahan KPIPK 2024 daripada Dato’ Dr Marzuki.
Ustaz Jais Mariappan dinobatkan Anugerah Guru Cemerlang tahap lanjutan daripada Dato’ Dr Marzuki.
Dato’ Dr Marzuki menyampaikan Anugerah Guru Cemerlang tahap tahsin kepada Ustaz Farhan Tee yang membawa pulang trofi, sijil dan saguhati.
Dato’ Dr Marzuki menyampaikan sebuah trofi, sijil dan wang saguhati kepada Ustazah Zaimiah selaku penerima Anugerah Guru Cemerlang tahap umum.
Di atas pemergian arwah suami tercinta pada 14 September lalu, Dato’ Dr Marzuki menyampaikan sumbangan ehsan dan menyampaikan ucapan takziah kepada Hashimah.
Dato’ Dr Marzuki menyerahkan Surat Pelantikan Eksekutif PERKIM yang baharu kepada Dr Suariza.
Johan Tilawah Al-Quran Mualaf, Johnson Gantinus memperdengarkan ayat-ayat suci al-Quran kepada hadirin.
Fauziah Ibrahim selaku Johan Tilawah Al-Quran kategori Muslim asal mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran al-Karim.
Eman Daniel yang muncul johan mempersembahkan laungan azan kepada hadirin.
Barisan kepimpinan PERKIM bersama penerima anugerah dan pelajar KPIPK bergambar kenang-kenangan di akhir majlis.