Aktiviti Kebajikan

PERKIM Ziarah, Hulur Sumbangan Kepada Anak Yatim, Warga Emas Darul Izzah Temerloh

oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

๐“๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐Ž๐‡, ๐Ÿ๐Ÿ• ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ โ€“ Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini mengadakan Ziarah Kebajikan ke Pertubuhan Anak-Anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah di Jalan Teluk Ira, dekat sini pada pagi Sabtu.

Program yang bermula jam 11.30 pagi itu disambut mesra oleh ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฅ๐ข๐š ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ, ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐Œ๐š๐ญ ๐๐จ๐จ๐ซ ๐Œ๐š๐ซ๐ž๐ž, bersama-sama penghuni pusat berkenaan yang terdiri daripada anak-anak yatim, asnaf fakir miskin dan warga emas.

Menurut Haji Mat Noor, pusat kebajikan tersebut kini menempatkan lebih 100 penghuni, termasuk lebih separuh daripadanya adalah warga emas yang menghuni pondok wakaf, selain anak-anak yatim dan fakir miskin yang diberikan perlindungan, pendidikan asas dan bimbingan agama.

โ€œDarul Izzah bukan sahaja menjadi tempat berteduh, malah kami berusaha memastikan setiap penghuni mendapat perhatian sewajarnya sama ada dari aspek pendidikan, kerohanian atau penjagaan harian.

โ€œInilah usaha kecil kami untuk memberi makna dalam kehidupan mereka,โ€ katanya ketika memberi penerangan kepada rombongan.

Lawatan yang diketuai oleh ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฅ๐š๐ซ๐š๐ฌ ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ, ๐”๐ฌ๐ญ๐š๐ณ ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐‰๐š๐ข๐ฌ ๐Œ๐š๐ซ๐ข๐š๐ฉ๐ฉ๐š๐ง ๐€๐›๐๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐š๐ก, turut membawa rombongan menziarahi pondok-pondok wakaf yang didiami warga emas.

Rombongan berkesempatan bertanya khabar dan mendengar pengalaman hidup beberapa penghuni yang menyambut kunjungan dengan wajah ceria dan penuh kesyukuran.

Suasana di pusat itu kelihatan tenang dan damai, seolah-olah menggambarkan nilai kasih sayang yang dihidupkan oleh masyarakat Islam prihatin.

Sebagai tanda keprihatinan, PERKIM Kebangsaan dengan kerjasama MAIWP menyampaikan sumbangan 30 pax makanan kering kepada pihak pengurusan pusat berkenaan.

Ustaz Jais Mariappan berkata, ziarah sebegini bukan sahaja menyantuni golongan kurang bernasib baik, malah memperkukuh hubungan silaturahim antara masyarakat, NGO dan agensi agama.

Rombongan turut dibawa oleh Mat Noor ke sekitar bangunan bagi meninjau kawasan sekeliling bangunan yang ditempatkan warga emas dan anak yatim.

โ€œSabda Rasulullah SAW: Aku dan orang yang menanggung anak yatim (kedudukannya) di syurga seperti ini.” (HR al-Bukhari).

Inilah yang menjadi pegangan kami. Menyantuni anak yatim, fakir miskin dan warga emas adalah satu ibadah yang besar pahalanya,โ€ jelasnya.

Tambah beliau, pusat tersebut ditubuhkan hasil kesedaran masyarakat Islam setempat yang prihatin terhadap nasib anak-anak yatim dan warga emas.

Bermula dengan usaha kecil, ia kini berkembang menjadi institusi kebajikan tersusun yang menyediakan perlindungan, pendidikan, pengisian rohani dan suasana harmoni buat penghuninya.

Selain itu, pusat ini juga menyediakan pendidikan agama dan akademik, mengisi jiwa warga emas dengan ibadah berjemaah serta membina jaringan kebajikan bersama agensi kerajaan, NGO dan penyumbang dermawan.

Tambah Ustaz Jais Mariappan, lawatan ini meninggalkan kesan mendalam kepada rombongan PERKIM apabila melihat sendiri ketenangan dan kesyukuran yang terpancar di wajah para penghuni.

 


Ketibaan rombongan PERKIM Kebangsaan diketuai oleh Ustaz Jais Mariappan ke Pertubuhan Anak-Anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah di Temerloh.


Menurut Haji Mat Noor (berjubah putih) pusat kebajikan tersebut kini menempatkan lebih 100 penghuni di mana separuh daripadanya adalah warga emas manakala separuh lagi menempatkan anak yatim dan fakir miskin.

 


Ustaz Jais Mariappan menyampaikan plak cenderamata PERKIM kepada Haji Mat Noor.

 

 


Rombongan PERKIM berkesempatan meninjau ke setiap blok yang menempatkan anak yatim dan warga emas.

 


Rombongan PERKIM berkesempatan menziarahi warga emas di hostel.

 


Ustaz Jais Mariappan memberi kata-kata semangat dan doa kepada warga emas Darul Izzah.

 

 


Ustaz Jais Mariappan menyampaikan sumbangan barangan makanan tajaan MAIWP kepada Haji Mat Noor untuk warga Darul Izzah.

Related Articles

Back to top button