Berita PERKIM Bahagian & Cawangan

PERKIM Pulau Pinang Sebar Mesej Kefahaman Islam Di Komtar

PULAU PINANG, 27 September 2022 – PERKIM Bahagian Negeri Pulau Pinang telah membuka gerai Informasi Islam PERKIM secara bulanan di Tingkat 1, Menara Komtar bersebelahan dengan stesen bas.

Pengunjung dan pelancong warga asing secara tidak langsung boleh mendapatkan maklumat berkaitan Islam di sini.

Pegawai PERKIM Bahagian Negeri Pulau Pinang, Nasyrah Rosli juga turut memberikan maklumat secara lisan dan memberikan risalah Islam kepada pengunjung yang terdiri daripada masyarakat berbangsa Cina, India dan lain-lain.

Abdul Muhaimin Ahmad selaku Penolong Pegawai PERKIM Bahagian Negeri Pulau Pinang turut membantu di dalam misi dakwah tersebut.

Di harap program ini sedikit sebanyak dapat menyebar luaskan mesej kefahaman Islam kepada masyarakat di Pulau Pinang.

Terima kasih kepada pihak Penang Development Corporation (PDC) Setia Urus Sdn Bhd di atas kerjasama yang diberikan kepada kami.

Related Articles

Back to top button