Aktiviti Dakwah

PERKIM Anjur Program Peningkatan Profesionalisme Pengajar Pendidikan Islam Zon Selatan

Penulis, Foto : NUR SYAHIRAH MUSA

KHAMIS, 28 SEPTEMBER 2022 – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan telah menganjurkan Program Peningkatan Profesionalisme Pengajar Pendidikan Islam PERKIM Bahagian-Bahagian Zon Selatan bertempat di Thistle Hotel, Johor Bahru pada 26 hingga 28 September lalu.

Program yang mendapat kerjasama PERKIM Bahagian Negeri Johor dan Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam (IPG KPI) Bangi itu menghimpunkan seramai 30 orang yang terdiri daripada guru-guru kelas PERKIM Bahagian Negeri Sembilan, PERKIM Bahagian Negeri Melaka dan PERKIM Bahagian Negeri Johor.

Program itu bertujuan peserta dapat mengetahui teknik mengajar mata pelajaran seperti Sirah, Akidah, Akhlak dan al-Quran.

Selain itu peserta juga diberi tunjuk ajar dan cara mengajar menggunakan buku teks Kelas Pengajian Islam PERKIM Kebangsaan terbitan PERKIM Kebangsaan sendiri sekali gus memahami teknik-teknik pengurusan kelas yang berkesan.

Program selama tiga hari dua malam itu dibimbing oleh pensyarah-pensyarah daripada IPG KPI yang diketuai oleh YBhg Dr. Rosidah Jemain, Penolong Ketua Jabatan Kecermelangan Akademik dengan penuh komited.

Pensyarah IPG KPI yang sentiasa memberikan komitmen terbaik sepanjang program ialah Dr Raihaniah Zakaria, Puan Zulina Ahmad Zawawi, En. Mahdzir Nor dan En. Mohamad Khairul Latif.

Majlis diserikan lagi dengan ucapan perasmian penutup oleh YBhg Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor, Setiausaha Agung Kehormat PERKIM Kebangsaan.

Tan Sri SUA dalam ucapannya berkata, PERKIM telah melaksanakan program tersebut sebelum ini di zon utara dan zon timur. Hari ini kita laksanakan di zon selatan dan seterusnya di zon tengah. Program seperti ini sangat membantu para pengajar untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mengikut arus semasa.

Beliau turut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada IPG KPI kerana sangat komited dalam membantu guru-guru PERKIM melalui kursus-kursus yang dianjurkan. IPG KPI dan PERKIM Kebangsaan akan terus berkerjasama dari masa ke semasa.

Diharap program tersebut meningkatkan kredibiliti tenaga pengajar kelas PERKIM dalam meningkatkan pembangunan ilmu dan pengetahuan para mualaf seiring dengan tugas dakwah yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi 2 PERKIM Bahagian Negeri Johor YB Dato’ Awang Haji Mohamad; Setiausaha Kehormat Bahagian Negeri Johor, YBrs Tuan Haji Mohamad Shaiful Bahri Abdullah; Setiausaha Kehormat Bahagian Negeri Sembilan, YBrs Aslam Nawabdin; Setiausaha Kerja (Pentadbiran dan Program), YBhg Tuan Haji Mamat Che Chik; Setiausaha Kerja (Bahagian dan Cawangan), Zulkefli Arifin serta Pengarah Pembangunan dan Aset PERKIM Kebangsaan, YBhg Dato’ Ahmad Mustafa.

Tan Sri SUA berkesempatan menyampaikan sijil penghargaan kepada peserta di akhir majlis.


Taklimat disampaikan oleh Setiausaha Kerja Pentadbiran dan Program PERKIM Kebangsaan, YBhg Tuan Haji Mamat Che Chik.


Slot Dr Raihaniah Zakaria


Slot Dr Raihaniah Zakaria


Slot Dr Raihaniah Zakaria


Latihan dalam kumpulan


Latihan dalam kumpulan


Latihan dalam kumpulan


Slot Dr Rosidah Jemain


Slot Dr Rosidah Jemain


Majlis penutup program.


Majlis penutup program.

Related Articles

Back to top button