Berita PERKIM Bahagian & Cawangan

PERKIM Cawangan Serendah Lancar Siri Ziarah Mualaf

Mualaf adalah suatu golongan yang telah dijinakkan hati mereka kepada syiar Islam , jiwa mereka mencari dan di kala ini mereka adalah golongan yang sentiasa perlu didikkan, galakkan, sokongan dan bimbingan agar diri mereka sentiasa di pandu ke arah kebaikan lalu kekal istiqamah dengan Islam yang telah Allah anugerahkan .

PERKIM Cawangan Serendah sentiasa cakna keatas golongan ini terutama dalam membimbing, memandu dan membantu dalam terus istiqomah menjalani kehidupan Islam, pelbagai usaha dilaksanakaan secara istiqamah oleh PERKIM Cawangan Serendah.

PERKIM Cawangan Serendah melancarkan beberapa siri ziarah mualaf sekitar Hulu Selangor baru-baru ini diketuai oleh Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Selangor merangkap Naib Yang Dipertua PERKIM, YBhg Tuan Haji Muhammad Fitri  Abdullah dan Naib Pengerusi PERKIM Cawangan Serendah, Abdul Ghani Krishana Moorthy dibantu ahli jawatankuasanya.

Ahli rombongan bertanya khabar sambil menyampaikan barang makanan di setiap rumah mualaf yang diziarahinya.

Diharap semoga mereka berpegang teguh dalam radar Islam dan istiqomah dalam beramal soleh.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button