PERKIM Perlis, JKM Perlis Ziarah Mualaf Kemalangan
CHUPING, 1 DISEMBER 2022 – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Perlis berkesempatan melawat saudara baru, Mohd Sarodi Abdullah di Kampung Belukar Lenga, dekat sini.
Rombongan lawatan tersebut turut disertai bersama-sama Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis.
Pegawai Dakwah PERKIM Bahagian Negeri Perlis, YBhg Tuan Haji Abdul Rahim Abdullah berkata, PERKIM Perlis menziarahi mualaf tersebut kerana telah mengalami kecederaan patah kaki akibat kemalangan jalan raya beberapa minggu lalu.
Sarodi yang hidup sebatang kara mengalami kesukaran apabila beliau tidak boleh berjalan jauh atau membawa motosikal untuk membeli makanan harian.
Beliau memohon simpati penduduk berdekatan yang berkemampuan untuk membantunya samada secara bergilir atau berjadual bagi penghantaran makanan tengahari dan malam di rumahnya.
Menurut Sarodi, doktor menjangkakan beliau dapat berjalan kembali berkemungkinan dalam dua bulan lagi.
Tambah Haji Rahim, sesungguhnya inilah peluang terbaik untuk kita melabur saham akhirat membantu Sarodi.
Rahim dan pegawai JKM masing-masing menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Sarodi bagi meringankan beban dan kos rawatan yang ditanggung.
Turut hadir Pembantu Tadbir PERKIM Perlis, Sopiah Hassan.
Sopiah Hassan (kiri) bertanyakan khabar Sarodi sambil Pegawai JKM mengambil maklumat dirinya.
Tiga pegawai JKM bersama PERKIM Perlis melawat Sarodi yang mengalami patah kaki akibat patah kaki.
Sarodi seorang mualaf yang tinggal sebatang kara menghadapi kesukaran bergerak untuk mendapatkan makanan harian.
Haji Rahim (dua dari kiri) berkesempatan bergambar bersama Sarodi dan pegawai JKM.