Berita PERKIM Bahagian & Cawangan

PERKIM Kedah Serah 100 Al-Quran Kepada Anak Yatim, Saudara Baru

oleh: ZAATIL HIDAAYAH AHMAD BUSTAMAN
foto: SYARIKAT MANAR HOLDING SDN BHD

ALOR SETAR, 19 OKTOBER 2022 – “Penyerahan Sumbangan Al-Quran dilaksanakan sebagai tanda keprihatinan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Kedah kepada anak yatim dan saudara baru di samping menyuburkan amalan membaca, mempelajari sekali gus mentadabburnya,” kata YBhg Hajah Datin Aishah Ibrahim.

Datin Aishah selaku Naib Pengerusi 2 PERKIM Bahagian Negeri Kedah berkata ketika dalam ucapan perasmian Majlis Bacaan Yasin dan Penyerahan Sumbangan Al-Quran Terjemahan kepada Anak Yatim dan Saudara Baru pertubuhan itu bertempat di Dewan Darul Aitam Wal Masakin Tunku Abdul Rahman (DATAR) dekat sini, Rabu.

Majlis tersebut dihadiri seramai 60 orang terdiri daripada Anak Yatim DATAR PERKIM, saudara baru dan Ahli Jawatankuasa PERKIM Bahagian Negeri Kedah.

Tambah Datin Aishah, inisiatif itu bertujuan menggalakkan masyarakat khususnya saudara baru untuk lebih dekat dengan Al-Quran beserta terjemahan Bahasa Melayu.

PERKIM Kedah membantu menyampaikan sumbangan 100 naskah Al-Quran kepada saudara baru yang telah disyahadahkan bagi keperluan dan panduan diri mereka.

Datin Aishah turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Syarikat Manar Holding Sdn Bhd yang sudi menaja 100 naskah Al-Quran Terjemahan kepada anak yatim dan saudara baru.

Beliau berharap semoga amal ibadah kita diterima dan diberi ganjaran pahala yang besar disisiNya.

Turut hadir ialah Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Negeri Kedah, YBhg Tuan Haji Turedy Abdullah, dan Bendahari Kehormat PERKIM Bahagian Negeri Kedah, YBhg Tuan Haji Adzaudin Haji Salleh.


Majlis Bacaan Yasin dan Penyerahan Sumbangan Al-Quran Terjemahan kepada Anak Yatim dan Saudara Baru diadakan di Dewan DATAR PERKIM, Alor Setar.


Majlis Bacaan Yasin dipimpin oleh pelajar tahfiz Al-Quran.


Datin Aishah menyampaikan Al-Quran kepada anak yatim DATAR.


Anak Yatim DATAR menerima Al-Quran terjemahan Bahasa Melayu daripada Datin Aishah.


Saudara baru menerima al-Quran daripada Datin Aishah.


Datin Aishah menyampaikan Al-Quran terjemahan Bahasa Melayu kepada saudara baru yang memeluk Islam di PERKIM Kedah.

Related Articles

Back to top button