Aktiviti Wanita PERKIMBerita PERKIM Bahagian & Cawangan

Wanita PERKIM Kedah Anjur Maulid Dengan Pertandingan Nasyid, Sirah

oleh: ZAATIL HIDAAYAH AHMAD BUSTAMAN
foto: AKMAL AZRAM ABU ZARIM

ALOR SETAR, 24 OKTOBER 2022 – Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Kedah telah menganjurkan Pertandingan Selawat dan Sirah Nabi Muhammad SAW Sempena Sambutan Maulidur Rasul bertempat di Dewan Darul Aitam Wal Masakin Tunku Abdul Rahman (DATAR) PERKIM dekat sini, Isnin.

Program yang dihadiri seramai lebih 110 itu terdiri daripada peserta pertandingan iaitu 30 daripadanya ialah  Anak Yatim DATAR-PERKIM manakala 80 orang daripadanya ialah saudara baru dari Alor Setar, Ayer Hitam, Kuala Nerang, Pendang dan Baling.

YBhg Datin Hajah Mariah Haji Hitam, Naib pengerusi Wanita PERKIM Bahagian Negeri Kedah mempengerusikan majlis.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi Wanita PERKIM Bahagian Negeri Kedah, YBhg Datin Hajah Aishah Ibrahim.

Menurutnya program itu bertujuan untuk membantu saudara baru dan Anak Yatim DATAR PERKIM mengembangkan bakat dan potensi yang ada serta membina jati diri melalui pertandingan nasyid yang diadakan.

Selain itu, mereka juga boleh mempraktikkan sunnah baginda dan ajaran-ajaran yang dibawanya.

Katanya, dengan terlaksananya program itu, ianya dapat menambahkan rasa cinta kepada Baginda Nabi Muhammad SAW di kalangan saudara baru dan anak yatim PERKIM, seterusnya meningkatkan pengetahuan mereka tentang sirah kehidupan Nabi Muhammad SAW.

Wanita PERKIM Kedah telah membawa tiga juri jemputan bagi menilai pertandingan nasyid iaitu Abd. Halim Talib, Maimunah Abu Hassan dan Zakirah Zakaria.

Kumpulan Mawaddah (Ayer Hitam) menjuarai pertandingan nasyid manakala Kumpulan Anak Yatim Puteri DATAR-PERKIM merangkul tempat kedua dan Kumpulan Saudara Baru Kuala Nerang menduduki tempat ketiga.

Pertandingan Sirah pula dijuarai oleh Saudara Baru Baling dan naib juara disandang oleh Saudara Baru Air Hitam manakala Saudara Baru Pendang di tempat ketiga.


Tetamu kehormat Wanita PERKIM Kedah di Majlis Sambutan Maulidur Rasul.


Antara tiga juri yang menilai pertandingan nasyid dan sirah Nabi Muhammad SAW.


Majlis dipengerusikan oleh Datin Mariah selaku Naib pengerusi Wanita PERKIM Kedah.


Persembahan nasyid saudara baru.


Anak Yatim Puteri DATAR PERKIM menyampaikan kisah Nabi Muhammad dalam pertandingan sirah.


Kumpulan nasyid mempersembahkan lagu berkisahkan tentang Nabi Muhammad SAW.


Kumpulan Mawaddah (Ayer Hitam) menyampaikan persembahan nasyid.


Kumpulan nasyid yang terdiri daripada saudara baru.


Hadirin mendengar nasyid yang dipersembahkan oleh saudara baru.


Salah seorang saudara baru menyampaikan sirah Nabi kepada hadirin.


Anak Yatim Puteri DATAR – PERKIM menyampaikan lagu nasyid.


Pelajar di kalangan Anak Yatim Putera DATAR PERKIM tidak melepaskan peluang untuk bertanding dalam pertandingan nasyid.


Tiga juri mengumumkan pemenang pertandingan nasyid dan sirah.


Pengerusi Wanita PERKIM Bahagian Negeri Kedah, Datin Aishah Ibrahim menyampaikan ucapan perasmian.


Datin Aisyah (kanan) menyampaikan hadiah wang tunai kepada juara pertandingan Sirah.


Kumpulan Mawaddah (Ayer Hitam) menerima hadiah wang tunai juara daripada Datin Aisyah (dua dari kanan).

Related Articles

Back to top button