Berita PERKIM Bahagian & Cawangan

PERKIM Cawangan Kota Putera kerjasama Komuniti Keluarga Malaysia Kota Putera Anjur Maulidur Rasul

BESUT, 27 OKTOBER 2022 – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Kota Putera dengan kerjasama Jawatankuasa Komuniti Keluarga Malaysia Jabatan Penerangan Malaysia telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW bertempat di kediaman Pengerusi Jawatankuasa Komuniti Keluarga Kota Putera dekat sini, Khamis.

Seramai lebih 70 orang menghadiri majlis tersebut terdiri daripada masyarakat setempat.

Pengerusinya, YM Sheikh Ahmad Tajudin Sh Yusoff  mengucapkan penghargaan tahniah dan syabas kepada PERKIM Cawangan Kota Putera kerana berjaya mengadakan sambutan bersempena majlis kelahiran Nabi Muhammad SAW serta mengambil semangat cinta dan kasih terhadap Baginda.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah disusuli dengan tazkirah ringkas.

Seterusnya diadakan solat Isyak berjemaah dan diakhiri dengan Selawat kepada Nabi Muhammad SAW bersama Ahli Jawatankuasa PERKIM Cawangan Kota Putera.

Turut hadir ialah Pegawai Jabatan Penerangan Malaysia Cawangan Besut, Taufik Firdaus Mohd Nor.

Jamuan makan malam dan bersalam-salaman merupakan acara terakhir sebelum hadirin bersurai.


Jemaah terdiri daripada masyarakat setempat menunaikan solat berjemaah.


Tazkirah ringkas selepas solat fardu berjemaah.


Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dialunkan bersama-sama.


Ahli PERKIM Cawangan Kota Putera bersama masyarakat setempat mengalunkan bacaan selawat.


Turut diadakan majlis bacaan doa.


Penduduk setempat menikmati juadah jamuan makan.


Juadah makan disediakan kepada penduduk setempat di akhir majlis.

Related Articles

Back to top button