Berita PERKIM Bahagian & Cawangan

PERKIM Kedah Anjur Kursus Asas Bimbingan dan Kaunseling Saudara Baru

ALOR SETAR, 16 OKTOBER 2022 – PERKIM Bahagian Negeri Kedah telah mengadakan Kursus Asas Bimbingan dan Kaunseling Saudara Baru bertempat di Dewan Darul Aitam Wal Masakin (DATAR), PERKIM Bahagian Negeri Kedah, dekat sini.

Seramai 60 orang terdiri daripada saudara baru dan Ahli Jawatankuasa PERKIM Bahagian Negeri Kedah telah menyertai program itu.

Penceramah jemputan ialah Kaunselor Berdaftar merangkap Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM, Tuan Haji Hushim Haji Salleh.

Antara perkara yang disentuh oleh Hushim ketika ceramahnya ialah mengawasi dan memantau generasi muda, cabaran remaja, peranan dan tanggungjawab suami isteri dan lain-lain.

Beliau juga memberikan bimbingan motivasi, semangat dan kaedah kaunseling kepada ahli-ahli PERKIM dan saudara baru.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Bendahari Kehormat PERKIM Bahagian Negeri Kedah, YBhg Tuan Haji Adzaudin Haji Saleh dan diakhiri dengan sesi bergambar.

Related Articles

Back to top button