Aktiviti Wanita PERKIM

Ketua Wanita PERKIM Kebangsaan Kunjungi Majlis Amal Cinta Rasul

SEPANG, 16 OKTOBER 2022 – YTM Tunku Puan Sri Dato’ Hajah Noor Hayati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Ketua Wanita PERKIM Kebangsaan bersama Wakil Ahli Majlis Wanita PERKIM Kebangsaan telah menyertai Majlis Amal Mahabbah Rindu & Cinta Rasul sempena Negeri Sembilan Berselawat bertempat di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA anjuran Wanita PERKIM Cawangan Seremban bersama Rumah Ngaji Negeri Sembilan.

Dikesempatan yang sama, Yang Teramat Mulia Tunku merasmikan kempen International Conference On Palestine Kuala Lumpur (ICPKL 2023) diiringi Pengerusi Wanita PERKIM Cawangan Daerah Seremban, Puan Hajah Gharizah Hashim dan YBhg Dr Fauziah Mohd Hasan, Pengerusi Malaysian Women Coalition Quds (MCWQP) sebagai permulaan bagi kutipan dana ICPKL untuk disalurkan ke tabung Palestin serta membuat penyerahan sumbangan.

Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda, “Setiap kebaikan ialah sedekah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Related Articles

Back to top button