Aktiviti Wanita PERKIM

Taklimat Pelan Pembangunan Wanita Mualaf Di Malaysia

oleh: SRZ

KUALA LUMPUR, 11 OKTOBER 2022 – “Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) sentiasa berusaha ke arah menggerakkan pelbagai aktiviti dan mengenal pasti permasalahan yang berlaku dalam kalangan wanita mualaf,” titah ucapan Ketua Wanita PERKIM Kebangsaan, YTM Tunku Puan Sri Dato’ Hajah Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.


Tunku Noor Hayati yang juga YTM Tengku Puan Temenggong Kelantan Darul Naim bertitah ketika mempengerusikan Taklimat Pelan Pembangunan Wanita Mualaf di Malaysia bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, Jalan Sultan Azlan Shah dekat sini.

Wanita PERKIM berhasrat untuk mewujudkan one stop centre dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai pusat transit bagi membantu mualaf menyelesaikan masalah mereka selain dijadikan tempat perlindungan dan kebajikan terbela.

“Wanita PERKIM di setiap negeri berperanan sebagai agen perubah dan penggerak kepada dasar pembangunan pelan yang boleh dilaksanakan,” titah Tunku Noor Hayati.

Taklimat tersebut dihadiri seramai 21 orang hadir terdiri daripada Wanita PERKIM Kebangsaan, Wanita PERKIM Pulau Pinang, Terengganu, Perak dan Johor.

Turut hadir ialah pimpinan Wanita PERKIM Kebangsaan iaitu Bendahari Kehormat YBhg Prof Madya Dr Nur’azah Dato’ Abdul Manaf; Ahli Majlis, YBhg Datin Hajah Mawanchik Che Jais, YBhg Dr Suariza @ Hidayah Muhammad, YBhg Datin Hajah Asmah Md Rashid, YBhg Dato’ Hajah Nurzarina Sepran, YBhg Hajah Hasnah Mohamed, YBhg Hajah Rokiah Saad, YBhg Hajah Maimun Mohamad, YBhg Datin Normala Mohmad Zin dan Penolong Pegawai Wanita PERKIM Kebangsaan, Fatin Hamizah Ismail.

Hadir sama, Penyelidik UKM, YBhg Prof Madya Dr Rosmawati Mohamad Rasit dan YBhg Prof Madya Dr Zuliza Mohd Kusrin.


Taklimat Pelan Pembangunan Wanita Mualaf di Malaysia diadakan di PERKIM Kebangsaan.


YTM Tunku Noor Hayati menyampaikan titah ucapannya di taklimat tersebut.


Pelbagai agenda, isu dan perkara yang dibangkitkan mengenai wanita mualaf di dalam taklimat itu.


Wanita PERKIM di setiap negeri berperanan sebagai agen perubah dan penggerak.


Prof Madya Rosmawati (tengah) yang merupakan Penyelidik UKM mengutarakan idea dan buah fikiran.


21 orang menghadiri taklimat terdiri daripada Wanita PERKIM Kebangsaan, Wanita PERKIM Pulau Pinang, Terengganu, Perak dan Johor.

Related Articles

Back to top button