Berita PERKIM Bahagian & Cawangan

PERKIM Kedah Agih Bekalan Makanan Kepada 46 Saudara Baharu

oleh: ZAATIL HIDAAYAH AHMAD BUSTAMAN

PENDANG, 19 JANUARI 2024 – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Kedah telah mengadakan Majlis Pengagihan Set Bekalan Makanan (foodbank) Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) kepada saudara baru bertempat di Sekolah Menengah Agama Islah, Jalan Pendang Tanah Merah dekat sini.

Seramai 46 saudara baharu pelbagai bangsa telah menerima set bekalan makanan yang diagihkan oleh Naib Pengerusi 2 PERKIM Bahagian Negeri Kedah, YBhg Datin Hajah Aishah Ibrahim.

Penerima bantuan menerima barangan keperluan seperti beras, kicap, sos cili, bihun, kopi, minyak, susu, asas rempah dan gula.

Menurut Datin Aishah, sumbangan itu juga akan dijadikan sebagai salah satu saluran untuk PERKIM Bahagian Negeri Kedah menghulurkan sumbangan kepada saudara baharu.

Tambahnya, bekalan makanan asas yang dibekalkan oleh LZNK di bawah program Bantuan Pusat Bekalan Makanan itu digunakan sebaik mungkin untuk diagihkan kepada saudara baharu yang berkelayakan.

Pihak PERKIM Bahagian Negeri Kedah juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada LZNK di atas manfaat tersebut dan mudah-mudahan ia dapat meringankan lagi bebanan yang ditanggung oleh 46 saudara baharu.

Turut hadir, Ahli Jawatankuasa Wanita PERKIM Bahagian Negeri Kedah, Hajah Arpah Awang dan Hajah Halimah Haron.


Datin Aishah bersama 46 saudara baharu penerima sumbangan foodbank.


Saudara baharu menerima sumbangan barangan makanan daripada Datin Aishah.


Datin Aishah menyampaikan beras dan barangan makanan kepada saudara baharu di Pendang.


Penerima sumbangan barangan makanan berterima kasih kerana diberikan sumbangan.


Saudara baharu menerima sumbangan daripada Datin Aishah.

Related Articles

Back to top button