PERKIM Cawangan Langkawi Baru Anjur Kursus Tahsin Solat
oleh: ZAATIL HIDAAYAH AHMAD BUSTAMAN
LANGKAWI, 15 JULAI 2023 – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Langkawi Baru telah menganjurkan Kursus Tahsin Solat bertempat di Surau Ustaz Abd Ghani, Taman Bukit Kemboja di sini.
Kursus itu diadakan bertujuan untuk memastikan saudara Muslim melaksanakan ibadah solat mengikut tatacara yang betul dan sempurna.
Program ini dihadiri oleh 80 orang peserta terdiri dari di kalangan saudara baharu, ahli PERKIM dan masyarakat setempat.
Amalan Solat dalam Islam merupakan slot pertama telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi PERKIM Cawangan Langkawi, Ustaz Mohd Fadhil Aziz.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Kedah, YBhg Dato’ Wira Mansor Haji Ismail.
Dato’ Mansor berharap program tersebut akan memberikan pendedahan kepada semua peserta berkaitan cara menunaikan solat fardhu dengan sempurna sekali gus ilmu yang dipelajari dapat dipraktikan dalam kehidupan harian.
PERKIM Langkawi Baru anjur Kursus Tahsin Solat kepada saudara baharu.
Antara 80 peserta yang hadir di kursus tersebut.
Dato’ Mansor (bersongkok) menyampaikan ucapan perasmiannya.
Peserta mendengar ucapan yang disampaikan.
Dato’ Mansor berharap kursus tersebut memberikan manfaat kepada semua peserta.
Amalan Solat dalam Islam merupakan slot disampaikan oleh Ustaz Fadhil.
Dato’ Mansor bersama para peserta mendengar ilmu yang disampaikan.
Ustaz Fadhil menerangkan tatacara bacaan solat yang betul.
Dato’ Mansor menyampaikan cenderahati kepada pemenang kuiz.
Peserta mengajukan soalan dalam slot soal jawab.