Berita PERKIM Bahagian & Cawangan

Lawatan Penyeliaan Latihan Industri

oleh: AISYAH A. WAHAB

KUALA TERENGGANU, 21 SEPTEMBER 2022 – Alhamdulillah, pada pagi ini, PERKIM Bahagian Negeri Terengganu telah menerima lawatan daripada Penyelia Latihan Industri dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) iaitu Dr. Norsalimah Abu Mansor, Pensyarah Pengajian Dakwah, Fakulti Kontemporari Islam.

Lawatan ini adalah bagi membuat penyeliaan pelatih-pelatih latihan industri yang sedang menjalani Latihan Industri di PERKIM Terengganu. Keempat-empat mahasiswa tersebut ialah Nurul Yasmin Mohd Azmi, Wafa Qarirah Mohd Zainuddin, Nurhakimah Syahirah Mohd Rusli, dan Muhammad Hisham Zakaria.

Lawatan ini juga turut disambut oleh Pegawai Eksekutif PERKIM Bahagian Negeri Terengganu, Tuan Haji Mohd Subri Jaafar dan kakitangan pejabat. Semoga dengan pertemuan ini, mendekatkan lagi ukhwah sesama kita. Moga Allah merahmati kita semua.

Related Articles

Back to top button