Aktiviti Pendidikan

PERKIM Anjur Program Peningkatan Profesionalisme Pengajar Pendidikan Islam Zon Tengah

IPOH, 27 OKTOBER 2022 – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan telah menganjurkan Program Peningkatan Profesionalisme Pengajar Pendidikan Islam PERKIM Bahagian-Bahagian Zon Tengah bertempat di Impiana Hotel pada 25 hingga 27 Oktober lalu.

Program tersebut mendapat kerjasama PERKIM Bahagian Negeri Perak dan Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam (IPG KPI) Bangi menghimpunkan seramai 44 orang peserta terdiri daripada guru-guru kelas PERKIM Bahagian Negeri Selangor, PERKIM Bahagian Negeri Perak, PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan tenaga pengajar daripada Kelas Pengajian Islam PERKIM Kebangsaan.

Penyelaras Program, Muhammad Jais Mariappan Abdullah berkata, ia bertujuan memperkenalkan kepada peserta teknik mengajar mata pelajaran seperti Feqah, Sirah, Akidah, Akhlak dan al-Quran.

Selain itu peserta juga diberi tunjuk ajar dan cara mengajar menggunakan buku teks Kelas Pengajian Islam PERKIM Kebangsaan terbitan PERKIM Kebangsaan sekali gus memahami  teknik-teknik pengurusan kelas yang berkesan.

Program selama tiga hari dua malam itu dibimbing oleh pensyarah-pensyarah daripada IPG KPI yang diketuai oleh Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG, YBhg Dr Paharudin Arbain.

Pensyarah IPG KPI, Dr Engku Zarihan Engku Abdul Rahman, Encik Mahdzir Nor, Puan Rabaishah Azirun dan Puan Maryati Mohd Amin telah menyampaikan serta berkongsi teknik kemahiran mengajar mata pelajaran Feqah, Sirah, Akidah, Akhlak dan al-Quran kepada peserta serta memberikan komitmen terbaik sepanjang program

Peserta dibahagikan kepada enam kumpulan di mana setiap kumpulan telah diberikan tugasan dan membentangkan tugasan tersebut di hadapan peserta lain.

Majlis diserikan lagi dengan ucapan Ketua Jabatan Pendidkan Islam dan Moral, Dr Paharudin Arbain.

Beliau melahirkan ucapan terima kasih kepada PERKIM Kebangsaan di atas kepercayaan dan amanah yang telah diberikan kepada IPG KPI dalam mengendalikan program ini di empat zon iaitu zon utara, timur, selatan dan tengah.

Dr Paharudin juga menyarankan PERKIM Kebangsaan menganjurkan program yang menumpukan kepada kaedah mempelajari al-Quran berkesan.

Majlis penutupan telah disempurkan penutupannya oleh YBhg Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor, Setiausaha Agung Kehormat PERKIM.

Tan Sri SUA dalam ucapannya berkata, PERKIM telah melaksanakan program kali keempat khusus untuk tenaga pengajar PERKIM bahagian bermula dari zon utara , zon timur dan zon selatan.

Program ini sangat membantu tenaga pengajar untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mengikut arus semasa.

Beliau turut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada IPG KPI kerana sangat komited dalam membantu guru-guru PERKIM melalui kursus-kursus  yang dianjurkan.

Mengulas lanjut, IPG KPI dan PERKIM Kebangsaan akan terus berkerjasama dari masa ke semasa.

Dr Yusof Noor berharap program tersebut meningkatkan kredibiliti tenaga pengajar kelas PERKIM dalam meningkatkan pembangunan ilmu dan pengetahuan para mualaf seiring dengan tugas dakwah yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Beliau turut menekankan agar semua PERKIM Bahagian negeri mengutamakan pendidkan kepada saudara baru kerana pendidikan juga merupakan suatu aktiviti dakwah yang sangat bermanfaat kepada Muslim sama ada Muslim asal atau pun saudara baru.

Dengan adanya ilmu pengetahuan seseorang saudara baru mampu menguasai fardhu Ain serta mereka boleh berdikari mengikut arus semasa dan mempunyai keyakinan untuk menyampaikan dakwah kepada ahli keluarga dan masyarakat di sekeliling mereka.

Turut hadir ialah, Bendahari Kehormat YBhg Dato’ Haji Hanif Harun; Setiausaha Kerja Pentadbiran dan Program PERKIM Kebangsaan, YBhg Tuan Haji Mamat Che Chik; Setiausaha Kerja Bahagian dan Cawangan PERKIM Kebangsaan, Encik Zulkefli Arifin; Pengarah Pembangunan dan Aset PERKIM Kebangsaan, YBhg. Dato’ Ahmad Mustafa; Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Perak, YBhg Dato’ Haji Khalid Abdul Nasir; Timbalan Pengerusi PERKIM Bahagian Perak 1, YBhg Dato Sallehhudin Haji Abdul Hamid; Bendahari PERKIM Bahagian Perak, YBhg Tuan Haji Muhammad Noor Haji Muhamed serta Setiausaha Kehormat Bahagian Negeri Perak, YBrs Mahadzir Mohammad Razi.

Dr Yusof Noor berkesempatan menyampaikan sijil penghargaan kepada setiap peserta serta majlis berakhir dengan sesi bergambar dan jamuan makan tengah hari.


Peserta dibahagikan kepada enam kumpulan dan mula melakukan tugasan.


Antara peserta di kalangan tenaga pengajar yang hadir.


Kerjasama yang diberikan untuk menyiapkan sesebuah tugasan.


Komitmen ahli kumpulan bagi menyiapkan tugasan mereka.


Sesi pembentangan kumpulan.


Cara penyampaian pembentangan yang bersahaja.


Peserta kumpulan membentangkan tugasan Rukun Iman.


Pensyarah menyampaikan teknik mengajar kepada peserta.


Tan Sri Dr Yusof Noor menyampaikan ucapan perasmian.


Dr Yusof Noor menyampaikan sijil penghargaan kepada peserta.


Peserta menerima sijil penghargaan daripada Dr Yusof Noor.


Nur Syahirah menerima sijil penghargaan daripada Tan Sri SUA PERKIM.


Dr Yusof Noor menyampaikan sijil penghargaan kepada Safiyya Nur Sakeena


Dr Yusof Noor menyampaikan sijil penghargaan kepada Umi Musfirah.


Abdul Qawi menerima sijil penghargaan daripada Dr Yusof Noor.


Peserta program menerima sijil penghargaan.


Muhammad Farhan Tee Abdullah menerima sijil penghargaan daripada Dr Yusof Noor.


Tan Sri SUA menyampaikan sijil penghargaan kepada Siti Munirah.


Tetamu kehormat bersama peserta bergambar di akhir program.


Dr Yusof Noor bersama tetamu kehormat menunjukkan isyarat bagus di akhir sesi fotografi.

Related Articles

Back to top button