Jawatankuasa Dakwah PERKIM Sarawak Anjur Maulidur Rasul
oleh: SITI AMINAH HAJI BUJANG
KUCHING, 23 OKTOBER 2022 – Jawatankuasa Dakwah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Sarawak telah menganjurkan Program Maulidur Rasul SAW bertempat di Bilik Kuliah Masjid Al-Abyah, Matang Jaya, dekat sini, Ahad.
Program bermula seawal 8.00 pagi itu menghimpunkan seramai 74 hadirin terdiri daripada ahli-ahli PERKIM Bahagian Negeri Sarawak serta PERKIM Cawangan Kuching, Serian, Lundu, Sebuyau, Persatuan Taman Ilmu dan Ahli Muslimah Masjid Al-Abyah.
Pengerusi Jawatankuasa Dakwah PERKIM Bahagian Negeri Sarawak merangkap Pegawai Syariah Jabatan Agama Islam Sarawak, Ustazah Anisah Amit turut memimpin acara majlis dan bacaan doa.
Majlis diserikan lagi dengan ceramah bertajuk Memperingati Rasulullah SAW Tauladan Sepanjang Zaman disampaikan oleh Ketua Jabatan Kepimpinan Kualiti dan Inovasi, Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak, YBhg Dr Hajah Sharfiah Nooraida Haji Wan Hassan.
Zikir dan selawat ke atas Rasulullah SAW turut menjadi halwa telinga hadirin yang dipimpin oleh Kumpulan Ummahat Solehat daripada Persatuan Taman Ilmu.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Naib Pengerusi 2 PERKIM Bahagian Negeri Sarawak, YBhg Datin Hajah Noraini Haji Hussin.
Menurut beliau, sambutan Maulidur Rasul SAW dilaksanakan bagi membolehkan kita memperingati sirah perjuangan Baginda SAW.
Ia dapat memupuk perasaan cinta dan kasih kepada junjungan besar Rasulullah SAW yang sentiasa menyayangi dan merindui umatnya.
Program Maulidur Rasul 144H anjuran Jawatankuasa Dakwah PERKIM Bahagian Sarawak.
Para hadirin terdiri daripada ahli PERKIM Sarawak dan cawangan-cawangan.
Naib Pengerusi 2 PERKIM Bahagian Negeri Sarawak, YBhg Datin Hajah Noraini Haji Hussin menyampaikan ucapannya.
Antara ahli PERKIM Cawangan Kuching, Serian, Lundu dan Sebuyau di majlis itu.
Ahli Persatuan Taman Ilmu dan Ahli Muslimah Masjid Al-Abyah mendengar ucapan.
Memperingati Rasulullah SAW Tauladan Sepanjang Zaman merupakan tajuk ceramah disampaikan oleh Dr Sharfiah Nooraida (kanan).
Muslimah mendengar ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan.
Datin Noraini (kanan) menyampaikan cenderahati berupa plak PERKIM Sarawak kepada Dr Sharfiah Nooraida (tengah) disaksikan oleh Anisah Amit (kiri) di akhir majlis.