Pengerusi PERKIM Kuala Muda Serah Bayaran Akhir Baik Pulih KDKP Kepada Kontraktor
SUNGAI PETANI, 15 NOVEMBER 2022 – Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Daerah Kuala Muda , Ustaz Imron Kochem Haji Ahmad hadir ke Kompleks Dakwah Kebajikan Pendidikan (KDKP) PERKIM, Jalan Pegawai dekat sini bagi menyempurnakan bayaran akhir projek membaik pulih empat unit kuarters.
Terdahulu, empat buah unit kuarters dibaik pulih itu merupakan rumah peninggalan kuarters pegawai Telekom Malaysia Berhad yang terbiar sejak puluhan tahun.
Kuarters tidak diselenggara itu hampir tidak kelihatan menyebabkan ia dihutani dengan rimbunan pokok-pokok dan lalang.
KDKP merupakan satu projek pembinaan penempatan transit khusus kepada saudara baru yang baru memeluk Islam sama ada individu atau berkeluarga yang disingkirkan oleh keluarga asal.
Penempatan KDKP strategik dan bersesuaian kerana ia terletak berhadapan Pusat Bimbingan dan Latihan Saudara Baru (PUSBA) atau kini dikenali sebagai Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Muāadzam Shah.
Setelah berpuas hati dengan projek membaik pulih dan kerja-kerja pengubah suaian, Imron menyerahkan bayaran terakhir tersebut kepada kontraktor Spot Weld Enterprise.
Turut hadir bersama Bendahari Kehormat, Tuan Haji Abdul Raof Md. Zain; Ketua Jawatankuasa Pembangunan Rumah Transit KDKP PERKIM; Tuan Haji Mohd Khorie Abdul Majid serta Ahli Jawatankuasa PERKIM Bahagian Negeri Kedah, Abdul Ajid Ahamad, Siti Aishah Yap Abdullah dan Juhana Halimah Johari.
Imron (dua dari kiri) menyampaikan bayaran terakhir kepada kontraktor Spot Weld Enterprise di KDKP.
AJK PERKIM Kedah dan Jawatankuasa KDKP meninjau kawasan KDKP yang telah siap dibaik pulih.
Imron bersama AJK dan kontraktor meninjau keadaan dalam KDKP.
Kontraktor Spot Weld Enterprise menandatangani penerimaan bayaran terakhir di KDKP.