Berita PERKIM Bahagian & Cawangan

Misi Prihatin Pasca Banjir PERKIM Kota Putera

BESUT, 26 DISEMBER 2022 – Skuad Sukarelawan PERKIM Terengganu telah memulakan perjalanan bagi Misi Prihatin Pasca Banjir ke Sekolah Kebangsaan Alor Lintah dekat sini.

Skuad Sukarelawan PERKIM Terengganu bersama PERKIM Cawangan Kota Putera melakukan gotong-royong pembersihan di sekolah tersebut kerana ia termasuk kawasan yang terjejas banjir.

Kerja-kerja pembersihan itu turut disertai Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Terengganu, YBhg Prof Dr Ramle Abdullah dan Pengerusi PERKIM Cawangan Kota Putera, YM Tuan Haji Sheikh Ahmad Tajudin Sh Yusof.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Belia PERKIM Terengganu, Ustaz Zaid Hussain serta ahli jawatankuasa Majlis Belia PERKIM Terengganu, Ustaz Muhammad Najmi Ahmad Zaki.

Turut bersama, sukarelawan daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi bersama-sama bergading bahu menjayakan misi ini.

Selain membersihkan selut dan lumpur di kawasan bilik darjah, kantin dan persekitaran sekolah, Skuad Sukarelawan PERKIM Terengganu turut menyusun kerusi, meja, almari, rak buku, peralatan sekolah serta membuang peralatan yang rosak akibat banjir.

PERKIM Bahagian Negeri Terengganu mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi dan AJK PERKIM Cawangan Kota Putera serta warga SK Alor Lintah kerana dapat bersama-sama menyertai misi tersebut.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan misi itu serta kepada sukarelawan yang bertungkus lumus menyumbang tenaga,  masa dan wang ringgit.

Di kesempatan ini, marilah menyumbang kepada tabung kebajikan Mangsa Banjir PERKIM Terengganu.


Sukarelawan PERKIM menyusun peralatan sekolah sebelum kelas dibersihkan.


Skuad Sukarelawan PERKIM Terengganu dan PERKIM Cawangan Kota Putera membersihkan kaki lima sekolah.


Meja dan kerusi dikemas serta peralatan yang rosak dibuang sebelum kelas dibersihkan.


Lumpur dan selut yang tebal dibersihkan di dalam bilik darjah oleh Sukarelawan PERKIM Terengganu.


Peralatan water jet digunakan untuk membersihkan lumpur dan selut di salah satu bilik darjah.


Beberapa buah kelas di aras bawah dibersihkan oleh sukarelawan.


Antara wajah-wajah yang terlibat di dalam Misi Prihatin Pasca Banjir di SK Alor Lintah, Besut.


Antara peralatan sekolah yang perlu dicuci dan dibuang akibat banjir.


Prof Dr Ramle (kanan) berkesempatan membersihkan kantin sekolah.


Kawasan sekolah yang terjejas akibat banjir dibersihkan.


Skuad PERKIM Terengganu bersama PERKIM Cawangan Kota Putera bersama sukarelawan bergambar setelah selesai membersihkan SK Alor Lintah, Besut.

Related Articles

Back to top button