Kunjungan Hormat Pengarah JAWI Ke PERKIM Kebangsaan
oleh: SRZ
KUALA LUMPUR, 22 Disember 2022 – Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor telah menerima kunjungan hormat Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), YBhg Dato’ Mohd Ajib Ismail bertempat di Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, Jalan Sultan Azlan Shah hari ini.
Kunjungan hormat dua hala ini adalah bertujuan untuk melihat sendiri dan bertukar pandangan serta idea bagi menggarap usaha dakwah, kebajikan dan pendidikan kepada mualaf PERKIM khususnya.
Dato’ Mohd Ajib Ismail yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berkesempatan bertemu Dr Yusof Noor selepas menghadiri mesyuarat MAIWP di bangunan yang sama.
Semoga dengan kunjungan hormat mendapat input-input yang segar bagi pihak PERKIM merancang dan menjalankan program serta aktiviti dakwah, kebajikan dan pendidikan saudara baru di Wilayah Persekutuan.
Diharap pertemuan tersebut dapat mempergiatkan lagi program-program dakwah kolaborasi di antara PERKIM dan JAWI menjelang tahun 2023.
Dato’ Mohd Ajib berkesempatan menurunkan tandatangan beliau di buku lawatan PERKIM.
Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Datuk Mohamad Nordin Ibrahim turut menghadiahkan Diari PERKIM Tahun 2023 kepada Dato’ Mohd Ajib di akhir pertemuan tersebut.
Kunjungan hormat Pengarah JAWI, Dato’ Mohd Ajib bertemu dengan Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.
Kunjungan tersebut bertujuan untuk bertukar pandangan serta idea bagi menggarap usaha dakwah, kebajikan dan pendidikan kepada mualaf PERKIM.
PERKIM dan JAWI merancang dan menjalankan program serta aktiviti dakwah, kebajikan dan pendidikan saudara baru.
Dato’ Mohd Ajib menurunkan tandatangannya di buku pelawat PERKIM sambil diperhatikan oleh Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan Dato’ Mohamad Nordin Ibrahim.
Pengarah JAWI menandatangani buku pelawat PERKIM pada 22 Disember 2022 di Pejabat Setiausaha Agung Kehormat PERKIM.
Dato’ Mohamad Nordin (kiri) menghadiahkan Diari PERKIM Tahun 2023 kepada Dato’ Mohd Ajib Ismail sambil disaksikan oleh Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.
Dato’ Mohamad Nordin (kiri) berjenaka kepada Dato’ Mohd Ajib ketika melihat isi kandungan Diari PERKIM 2023.