PERKIM Semai Mahabbah, Gotong-Royong Bersama Komuniti Cina Pulau Ketam
๐ค๐ก๐๐: ๐๐๐๐ฟ. ๐๐๐ผ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ฟ๐ ๐ผ๐๐๐ผ๐ฟ ๐๐ผ๐๐๐ฟ๐
๐๐๐๐ก๐, ๐ฐ ๐ฆ๐๐ฃ๐ง๐๐ ๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ โ Program gotong-royong yang dianjurkan bersama PERKIM Kebangsaan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) itu berlangsung dalam suasana penuh kemesraan bersama penduduk setempat.
Lebih 20 urus setia PERKIM Kebangsaan dan PERKIM Bahagian Negeri Selangor menyertai program berkenaan yang turut mengetengahkan pendekatan dakwah melalui kebajikan, khidmat masyarakat dan hubungan kemanusiaan tanpa mengira latar belakang kaum serta agama.
Antara yang menyertai program tersebut ialah dari PERKIM Kebangsaan iaitu ๐๐๐ฃ๐๐๐ง๐๐ ๐๐๐ฃ๐ฉ๐๐๐๐๐ง๐๐ฃ, ๐ฟ๐ง. ๐๐ช๐๐ง๐๐ฏ๐ @ ๐๐๐๐๐ฎ๐๐ ๐๐ช๐๐๐ข๐ข๐๐; ๐๐ค๐๐ ๐ผ๐๐ฏ๐๐ฉ ๐๐ค๐จ๐ก๐; ๐๐จ๐ฉ๐๐ฏ ๐๐ช๐ก๐๐๐ข๐๐ฃ ๐ฟ๐๐ฃ๐ ๐๐ช ๐๐๐ค๐ฃ๐; ๐๐๐จ๐๐๐ข๐๐ ๐๐๐จ๐๐๐ข; ๐ผ๐ฏ๐ช๐ง๐ ๐ผ๐๐๐ช๐ก ๐๐๐๐ข๐๐ฃ; ๐๐ค๐ง๐ก๐๐๐ก๐๐๐ก๐ฅ๐๐ฃ ๐๐ช๐ง๐๐ฉ๐ข๐๐ฃ; ๐๐ค๐๐๐๐ฏ๐ ๐๐ค๐๐ ๐๐๐ฃ, ๐๐๐ฉ๐๐ฃ ๐ผ๐ ๐ข๐๐ก ๐ผ๐ ๐จ๐๐; ๐๐ช’๐๐ก๐๐จ๐ ๐๐๐๐ ๐๐ค๐๐ ๐ผ๐ฃ๐ช๐๐ง; ๐๐จ๐ ๐๐ฉ๐๐ข๐๐ฃ; ๐๐ช๐๐๐ข๐ข๐๐ ๐ผ๐๐๐๐ก ๐ผ๐ฆ๐๐ก ๐๐ค๐๐ ๐๐ช๐จ๐ค๐๐ ๐๐๐ฃ ๐๐ช๐๐๐ข๐ข๐๐ ๐๐๐๐ฏ ๐๐๐จ๐ฃ๐๐๐ฃ ๐๐ค๐ ๐ข๐๐ฃ.
PERKIM Bahagian Negeri Selangor pula diwakili ๐๐จ๐ฉ๐๐ฏ ๐๐ค๐๐ ๐๐ช๐จ๐ค๐๐ ๐๐๐๐ ๐ผ๐๐ข๐๐, ๐๐ช๐๐๐ข๐ข๐๐ ๐๐๐ฏ๐๐ข ๐ผ๐๐๐ช๐ก ๐๐๐๐๐ข, ๐๐๐๐ ๐๐ค๐๐ ๐๐ช๐๐ ๐ ๐ผ๐๐๐ช๐ก ๐๐๐๐ข๐๐ฃ, ๐๐๐๐๐ ๐๐ข๐๐๐ฏ๐๐ ๐ผ๐๐๐ช๐ก๐ก๐๐ serta beberapa orang sukarelawan.
Rombongan bertolak dari jeti menuju Pulau Ketam pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari dengan menaiki feri yang mengambil masa kira-kira 45 minit bagi perjalanan sejauh 27 kilometer.
Setibanya di Pulau Ketam, ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฅ๐๐ซ๐๐ฌ ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ, ๐๐ฌ๐ญ๐๐ณ ๐๐ฎ๐ก๐๐ฆ๐ฆ๐๐ ๐๐๐ข๐ฌ ๐๐๐ซ๐ข๐๐ฉ๐ฉ๐๐ง ๐๐๐๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐๐ก turut diundang menyampaikan Khutbah Jumaat di Balai Islam Pulau Ketam bertajuk โ๐ด๐๐๐๐๐ก๐๐จ๐๐จ๐๐ ๐๐ฃ ๐๐๐ ๐๐ ๐๐ฉ ๐๐๐ข๐๐ง๐ ๐๐๐๐๐ฃโ terbitan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dihadiri lebih daripada 50 jemaah lelaki.
Dalam khutbahnya, beliau menyeru umat Islam supaya meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya serta meninggalkan segala larangan-Nya.
Ustaz Jais Mariappan berkata, kemerdekaan yang dikecapi rakyat Malaysia hari ini tidak seharusnya hanya difahami sebagai pembebasan daripada penjajahan kuasa asing, sebaliknya perlu dihayati sebagai kebebasan insan daripada segala bentuk belenggu yang menjauhkan manusia daripada Allah SWT.
โSesungguhnya kemerdekaan hakiki bukan sekadar bebas daripada penjajahan tetapi bebas daripada segala bentuk belenggu yang menjerut diri insan.
โBagi seorang Muslim, kemerdekaan ialah merdeka daripada pengabdian kepada manusia, merdeka menegakkan keadilan dan merdeka membina kehidupan yang sejahtera di dunia dan akhirat,โ katanya.
Mengambil iktibar daripada ungkapan sahabat Rasulullah SAW, Ribโi bin โAmir RA ketika berhadapan panglima Parsi, Rustum, beliau berkata kemerdekaan dalam Islam membawa manusia daripada pengabdian kepada makhluk kepada pengabdian hanya kepada Tuhan Yang Esa.
Menurut Ustaz Jais Mariappan , kemerdekaan sebenar turut menuntut manusia membebaskan diri daripada menjadi hamba kepada hawa nafsu, wang, jawatan, populariti dan kepentingan dunia sehingga menggadaikan prinsip, amanah serta maruah diri.
Beliau turut mengingatkan bahawa Islam mengajar umatnya membebaskan manusia daripada kezaliman kepada keadilan, selaras dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Maidah ayat 8 yang menegaskan bahawa berlaku adil lebih hampir kepada takwa.
โNegara yang benar-benar merdeka bukan hanya bebas daripada belenggu penjajahan, tetapi didukung oleh rakyat yang menghormati hak, menunaikan tanggungjawab dan menjauhi kezaliman,โ katanya.
Ustaz Jais Mariappan berkata, nikmat kemerdekaan perlu diterjemahkan melalui pembinaan masyarakat yang kukuh, generasi berilmu dan berakhlak serta penggunaan teknologi dan media sosial untuk menyebarkan manfaat, bukannya permusuhan.
Selesai solat Jumaat, rombongan PERKIM bersama penduduk setempat meneruskan agenda mahabbah dengan membeli pelbagai peralatan gotong-royong di kedai perkakasan bagi menjayakan aktiviti khidmat masyarakat pada sebelah petang.
Antara peralatan yang digunakan termasuk penyapu, penyodok sampah, mop, baldi, berus lantai, berus dinding, kain lap, span, cecair pencuci, pencuci kaca, sarung tangan, beg sampah, penyapu sawang, waterjet serta kelengkapan asas lain.

Menurut Ustaz Jais Mariappan, program berkenaan merupakan manifestasi pendekatan PERKIM dalam membina jambatan persaudaraan dan persefahaman menerusi khidmat kebajikan yang dapat dirasai secara langsung oleh masyarakat.
โProgram yang mendapat kerjasama PERKIM Bahagian Negeri Selangor, PERKIM Cawangan Klang dan Balai Islam ini bukan sekadar gotong-royong membersihkan kawasan, tetapi kita mahu mengenali kehidupan mereka, mendengar keperluan mereka dan berkongsi tenaga dalam menyelesaikan perkara yang boleh kita bantu.
โIni juga kesinambungan program Mahabbah PERKIM bersama masyarakat majmuk sebelum ini, termasuk komuniti Orang Asli di Perak, masyarakat India di Kedah dan komuniti Portugis di Melaka. Kali ini kita bersama komuniti Cina di Pulau Ketam,โ katanya.
Menurut beliau, kesinambungan program tersebut membuktikan komitmen PERKIM untuk memperluas jaringan kebajikan kepada seluruh lapisan masyarakat menerusi pendekatan yang sederhana, inklusif dan berteraskan nilai kemanusiaan.
โInsya-Allah, apabila masyarakat saling mengenali dan membantu antara satu sama lain, akan lahir rasa hormat, persefahaman dan kasih sayang. Inilah semangat Malaysia yang perlu kita terus suburkan,โ katanya.
Aktiviti gotong-royong bermula selepas solat Asar apabila urus setia PERKIM bersama sukarelawan serta penduduk kampung dibahagikan kepada empat kumpulan bagi melaksanakan kerja pembersihan di beberapa lokasi yang dikenal pasti.
Kumpulan pertama ditugaskan membersihkan dewan komuniti, manakala kumpulan kedua memberi tumpuan kepada Balai Islam Pulau Ketam.
Kumpulan ketiga pula membersihkan rumah asnaf, sementara kumpulan keempat menjalankan kerja pembersihan di rumah golongan kurang berkemampuan dan memerlukan.
Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk menyapu sampah, membuang sawang, mengelap cermin, membasuh dan mengemop lantai, membersihkan kipas serta pagar, mengelap dinding, memasang langsir, memvakum karpet, mengemas ruang dalaman dan menyusun kerusi serta meja.
Kesungguhan urus setia dan sukarelawan berganding bahu bersama penduduk tempatan menjadikan program berkenaan berlangsung dalam suasana cukup meriah, selain membuka ruang interaksi lebih dekat antara PERKIM dengan komuniti setempat.
Lebih daripada kerja-kerja pembersihan, program berkenaan turut menjadi medan menyemai nilai kebersamaan apabila masyarakat tempatan dan rombongan PERKIM saling membantu, berkomunikasi serta berkongsi pengalaman dalam suasana penuh muhibah.
Program berakhir dengan jamuan makan malam bersama penduduk dan sukarelawan, diikuti solat fardu Maghrib secara berjemaah.
Program Mahabbah Komuniti Masyarakat Majmuk Cina Pulau Ketam yang diadakan selama tiga hari itu sekali gus memperlihatkan bahawa agenda kebajikan dan kerjasama PERKIM terus berkembang menerusi pendekatan yang mendekati masyarakat, menyantuni golongan memerlukan dan membina hubungan rentas kaum serta agama.
Dalam suasana negara terus menikmati nikmat kemerdekaan, usaha sedemikian menjadi manifestasi bahawa kemerdekaan bukan sekadar untuk diraikan, tetapi perlu diisi dengan amal kebajikan, perpaduan, keadilan dan sikap saling menghormati demi membina sebuah masyarakat yang lebih harmoni dan sejahtera.
Bagi PERKIM, mahabbah adalah jambatan yang menghubungkan hati dengan hati dan Pulau Ketam menjadi satu lagi saksi bahawa kasih sayang, kebajikan dan kemanusiaan mampu menyatukan masyarakat walaupun berbeza latar belakang.

Urus setia PERKIM Kebangsaan tiba di Terminal Penumpang South Port untuk menaiki feri ke Pulau Ketam.

Rombongan menaiki feri yang mengambil masa selama 45 minit sejauh 25 kilometer.

Setibanya di Pulau Ketam yang dipenuhi dengan bot nelayan.

Papan tanda yang mengalu-alukan Selamat Datang Ke Pulau Ketam.

Lokasi tertera bongkah perkataan KETAM yang menjadi satu tarikan kepada pelancong.

Balai Islam Pulau Ketam yang dijadikan tempat solat termasuk solat Jumaat, pusat syiar dan aktiviti keagamaan Islam.

Ustaz Jais Mariappan diberi mandat untuk menyampaikan khutbah Jumaat di Balai Islam Pulau Ketam.

Ustaz Jais Mariappan menyampaikan khutbah Jumaat bertajuk ‘Merealisasikan Hakikat Kemerdekaan’ keluaran Jabatan Agama Islam Selangor.

Lebih 50 jemaah lelaki mendengar khutbah Jumaat yang disampaikan.

Urus setia PERKIM memasang banner program di perkarangan Dewan Komuniti Pulau Ketam.

Urus setia mengambil peralatan gotong-royong untuk membersihkan empat kawasan yang ditetapkan.

Urus setia bersama sukarelawan dan penduduk kampung bergambar sebelum bergotong-royong.

Jais Mariappan membersihkan sawang-sawang yang berada di penjuru atas dewan.

Aizat Rosli juga membersihkan sawang yang melekat pada tiang dewan.

Urus setia PERKIM menyapu dan membersihkan seluruh rumah termasuk ruang tamu di rumah penduduk kampung pertama.

Sukarelawan mengemop dan mengemas seluruh rumah penduduk kampung.

Rumah penduduk kampung kedua juga disapu dan dimop agar kelihatan bersih.

Sukarelawan mengelap pagar yang telah lama berhabuk dan kotor.

Azura mengelap seluruh dinding Balai Islam Pulau Ketam selepas memvakum karpet.

Fatin Akmal memasang semula langsir selepas membersihkan kipas di Balai Islam Pulau Ketam.

Kamal yang juga bertugas di Balai Islam Pulau Ketam turut bersama-sama membersihkan tempat wuduk dan lantai balai tersebut.



