Berita PERKIM Bahagian & Cawangan

Kelas Pengajian Islam PERKIM Negeri Sembilan 2022

oleh: ZAFRI ISMAISKANDAR ABD GHANI
Kelas Pengajian Islam PERKIM Negeri Sembilan Tahun 2022 adalah sebuah inisiatif PERKIM dalam memenuhi keperluan bimbingan Muallaf dalam aspek pendidikan. Ia telah bermula pada 10 September 2022 yang lalu dan bakal berterusan pada hari Sabtu setiap minggu dengan variasi mata pelajaran yang berbeza.

Turut menganjurkan Kelas Pengajian untuk Saudara Baru pada ketika ini adalah PERKIM Cawangan Nilai yang diadakan pada setiap hari Ahad di Pejabat PERKIM Cawangan Nilai bertempat di Flat Semarak, Nilai.

PERKIM Bahagian Negeri Sembilan mengalu-alukan kepada semua pembaca untuk memanjangkan maklumat ini kepada Saudara Baru yang dikenali agar mereka berkesempatan untuk menyertai aktiviti seperti ini.

Kami juga masih terbuka untuk menerima sebarang cadangan atau permintaan berkaitan kelas pengajian seperti untuk mengadakan sesi kelas pada waktu malam atau kelas dalam behasa-bahasa tertentu dan sebagainya. Insyallah ia boleh diusahakan sekiranya terdapat permintaan yang memadai.

Untuk sebarang pertanyaan atau permohonan menyertai Kelas Pengajian ini, boleh hubungi pejabat PERKIM Bahagian Negeri Sembilan di talian 06-7630278.

Related Articles

Back to top button