Lawatan Kerja Pengerusi PERKIM Kedah ke Kompleks Dakwah Kebajikan Pendidikan PERKIM
SUNGAI PETANI, 6 NOVEMBER 2022 – Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Kedah, YBhg Dato’ Mansor Ismail telah meninjau keadaan Kompleks Dakwah Kebajikan Pendidikan (KDKP) PERKIM, Jalan Pegawai, dekat sini.
Beliau dalam lawatan kerjanya untuk melihat sendiri perkembangan terkini proses membaik pulih empat buah unit rumah transit bagi saudara baru yang memerlukan tempat perlindungan sementara.
Empat buah unit rumah itu merupakan rumah peninggalan kuarters pegawai Telekom Malaysia Berhad dan terbiar sejak puluhan tahun.
KDKP adalah satu projek pembinaan penempatan transit khusus kepada saudara baru yang baru memeluk Islam sama ada individu atau berkeluarga yang disingkirkan oleh keluarga asal.
Penempatan KDKP strategik dan bersesuaian kerana ia terletak berhadapan Pusat Bimbingan dan Latihan Saudara Baru (PUSBA) atau kini dikenali sebagai Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Muāadzam Shah.
Keseluruhan projek pengubah suaian merupakan hasil dana yang diusahakan oleh PERKIM Kebangsaan, PERKIM Bahagian Negeri Kedah dan Mantan Pengerusi PERKIM Cawangan Daerah Kuala Muda, Allahyarham Tuan Haji Abd Hamid Abd Kader bermula dari tahun 2014 hingga 2022.
Penyumbang korporat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) turut terbabit di dalam projek membaik pulih KDKP.
Turut hadir ialah Setiausaha Kehormat Perkim Cawangan Daerah Kuala Muda, YBhg Ustaz Mohd Abdullah Saleh dan Ketua Jawatankuasa Aset KDKP PERKIM, YBhg Tuan Haji Isa Zakaria pada lawatan itu.
(Dari kiri:) Dato’ Mansor, Ustaz Abdullah, Haji Isa di hadapan KDKP yang telah siap diubahsuai.
Dato’ Mansor meninjau keadaan dalam KDKP.
Dato’ Mansor berbincang mengenai keperluan KDKP.
Keadaan KDKP sebelum diubahsuai.
Keadaan salah satu rumah kuarters milik pegawai Telekom Malaysia Berhad yang terbiar sehingga dipenuhi hutan diubahsuai menjadi KDKP.
Perbincangan Dato’ Mansor bersama Ahli Jawatankuasa KDKP.